Saturday 29 December 2018

Perabot Nik Lah di blogspot!


Assalamualaikum.

Setelah bertahun lamanya, akhirnya #perabotniklah membuat keputusan untuk melebar sayap di Blogspot!

Bagi yang first time dengan #perabotniklah tentu tertanya-tanya, apakah #perabotniklah ni?

Okeylah, sebagai pengenalan mari #perabotniklah perkenalkan diri.

Perabot Nik Lah adalah entiti pengusahaan perabot berasaskan kayu. #perabotniklah dah wujud di bumi ni sejak 16 Disember 1994 lagi tau. Dah masuk 24 tahun dah kewujudan #perabotniklah. Pelbagai jenis cabaran telah berjaya dihadapi sehingga sekarang. Bisnes dalam intustri perkayuan pun ada turun naik juga.


kilang dulu
pekerja lama
cara potong mesin dulu

Perabot Nik Lah pada awalnya sekitar tahun 80an adalah sebuah bangsal kayu yang menjual kayu saiz untuk tujuan pertukangan rumah. Kayu ini dijual kepada penduduk setempat sahaja. Pemiliknya yang sendiri menolak kayu dalam kereta tolak untuk dihantar ke kawasan rumah yang baru dibina. 

Lama kelamaan, bisnes mendapat permintaan yang tinggi di kawasan setempat. Maklumlah tak banyak dulu orang berani buka kilang kayu di kawasan perairan pantai ni. Syarikat semakin dikenali sehingga dilantik menjadi anak payung Guthrie pada tahun 1995.

dulu-dulu punya pekerja..

pekerja juga terdiri daripada orang sekitar
Bisnes lama-kelamaan berkembang menjadi lebih pesat. Permintaan daripada agensi-agensi kerajaan meningkat terutamanya agensi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kementerian Kewangan Malaysia dan lain-lain.

 Perabot Nik Lah juga mengadakan kerjasama secara berkala dengan agensi seperti MARA, MTIB, MIDA, SME Bank, Matrade bagi meningkatkan bisnes. Selain itu, Perabot Nik Lah juga tidak ketinggalan dalam mengadakan penyelidikan dan 'testing-product' dengan Pusat Teknologi Industri Perabot Malaysia (FITEC) & Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)

suasana kilang sekarang

Board of Director & General Manager
Ok. Mungkin setakat ini dulu pendahuluan atau pengenalan awal Perabot Nik Lah.

Semoga dengan maklumat awal ini dapat membantu adik-adik UMK (Hai adik-adik UMK) terutamanya membuat assignment mereka dengan jayanya :)

wish us for the best!

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...