Thursday, 24 August 2023

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan papan yang lebih lebar bagi pemasangan perabot .Penggunaan tanggam digunakan secara meluas dalam pertukangan kayu dan pembuatan perabot.


Tanggam mempunyai beberapa jenis iaitu:

TANGGAM MELEBAR

  • tanggam glu gesel
  • tanggam penetap
  • tanggam lidah dan lurah
  • tanggam tertingkat
-TANGGAM SIKU
  • tanggam temu
  • tanggam temu tetingkat
  • tanggam temu tertingkat lidah berparit
  • tanggam rencong biasa
  • tanggam bajang tunggal
  • tanggam bajang biasa
  • tanggam bajang bajang hujung litup
TANGGAM PEMIDANG
  • tanggam lekap
  • tanggam kekang
  • tanggam penetap
  • tanggam lubang dan putting
 TANGGAM MEMANJANG
  • tanggam skaf
  • tanggam plat sambut
  • tanggam sambung jari
  • tanggam sambung lekap

MENGENALPASTI JENIS-JENIS TANGGAM

Ini adalah tanggam-tanggam yang diguakan dalam pertukangan kayu boleh dikumpulkan kepada empat kategori mengikut fungsinya.

TANGGAM MELEBAR

- Tanggam ini adalahh menyambung kepingan papan kecil menjadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot ,dinding,lantai,dan sebagainya
-Penyambungan ini dilakukan secara tepi ke tepi dengan cara salah satu tanggam-tanggam yang berkaitan.


  1.  Tanggam glu gesel
  • Dibuat dengan menyediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan.
  • Sekirannya ingin lekatan itu sempurna antara papan-papan proses bantuan apit panjang perlu dilakukan
  • Semua papan yang ingin disambung hendaklah disapu glu sebelah tepinya .
  • Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan .
  • Tanggam ini dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar.


       2. Tanggam Penetap

  • Tanggam ini serupa dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk menambahkan kekuatan pegangan
  • Penetap-penetap ini dipasangkan dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan ,diglu dan diapitkan
  • Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan.



       3.Tanggam Lidah Dan Lurah



  • Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan,lapisan dinding kayu dan penelan.
  • Tanggam ini boleh dibuat samada dengan alat-alat tangan ataupun mesin.
  • Pada tiap-tiap keping papan, dibuatkan lidah disatu tepi dan lurah ditepi yang lain.
  • Tanggam ini dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapisan dinding .
  • Bagi kerja-kerja perabot , tanggam ini boleh digunakan supaya ia boleh tetap dan teguh.


       4.Tanggam Tertingkat


  • Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit
  • Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahan luas permukaan yang diglukan.



 TANGGAM SIKU


- Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat samada pada penjuru ataupun pada pertengahannya
- Contonya adalah seperti dalam pembinaan kotak,laci dan sebagainya.


  1.Tanggam Temu



  • Dikenali sebagai tanggam sudut tepi .
  • Hujung papan kayu diliruskan dan bertemu secara bersudut tepat
  • Ia boleh diglu dan dipakukan atau diskrukan 
  • Digunakan pada binaan kotak atau peti 

  2.Tanggam Temu Tertingkat



  • Dikenali sebagai penjuru hujung litup
  • Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikeping kayu kedua.
  • Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukkan apabila dipakukan.

  3.Tanggam Tertingkap Lidah Berparit

  • Satu daripada hujung kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut
  • Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkap , tanggam ini lebih kuat.
  • Ia juga digunakan untuk membuat kotak,perabot dan laci

4.Tanggam Rencong Biasa



  • Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sudut kotak yang tidak menunjukkan keratan hujung kayu.
  • Kedua-dua keping kayu hendaklah sama tebal.
  • Sambungannya mesti dilekatan dengan glu.
  • Perlu dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan ke dalam lurah yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.

5.Enggam Bajang Tunggal



  • Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua.
  • Ia merupakan tanggam sikut yang paling kuat 
  • Pin ini dibuat mengikut ekor punai .
  • Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6
  • Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

   6.Tanggam Bajang Biasa



  • Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai.
  • Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam.
  • Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6
  • Tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang.

  7.Tanggam Bajang Hujung Litup


  • Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin.
  • Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga hujung kayu 
  • Tanggam ini digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.


  TANGGAM PEMIDANG

- Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang.
- Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya daripada tepi ketepi
- Contohnya ialah pada pintu berpanel , pemidang gambar , meja kerusi dan sebagainya.

  1.Tanggam lekap
 -tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian kepng kayu yang akan dilekapkan 
 -tanggam ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaanya berkeadaan rata   -tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu:
  • Tanggam lekap siku(atau berpenjuru)- ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil


  • Tanggam lekap penjuru rencong - ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan seagainya karna pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.

  • Tanggam lekap T- ia digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.

  •  Tanggam lekap bajang T- ia adalah serupa dengan lekap T , tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.


  • Tanggam lekap palang- ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang


  2.Tanggam kekang
  -tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan puting .
  -tanggam ini terdiri daripada dua bahagian ,pin dan cabang ,pin dan cabang ini dibuat 1/3 tebal kayu .
  -ada 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan iaitu: 

  • Tanggam kekang T -ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh

  • Tanggam kekang penjuru-nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan puting terbuka .ia digunakan pada penjuru pemidang .

  • Tanggam kekang penjuru rencong- cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua b
    elah atau sebelah sahaja.ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya .


  • Tanggam penetap-ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya. Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangan sendiri.\


  • Tanggam lubang dan puting -tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.ia mempunyai pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah
-Tanggam lubang dan putting biasa - kedua-dua kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal.Bahagian hujung pemidang lintang berteu dengan pemidang tegak .Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang1/3 daripada tebal kayu berkenaan .Lebar putting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya .

 


-Tanggam lubang dan puting berjanjang - tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak . Pemidang pada hujungnya seperti pada kaki meja dan kerusi . Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting . fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada bealih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.


-Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah-sebelah bahu dikerat panjang sedikit untuk menerima tertingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.

-Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah-tanggam ini digunakan apabila kayu pemidang lintang lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa .Putting ini cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah 1/2 tebal kayu lintang.

  TANGGAM MEMAJANG

-Tanggam ini digunakan apabila menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang.

-Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan .

-Ada 3 jenis tanggam memanjang yang sering digunakan iaitu:


  1. Tanggam skaf

  • Tanggam ini banyak digunakan untu memanjangkan kayu tutup tiang,gulung-gulung dan juga gelegar.
  • Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran lebarnya.
  • Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasangkan 2 atau 4 bolt bersama nalt.




   2.Tanggam sambung jari
  • Tanggam ini biasanya digunaan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin.
  • Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu .
  • Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu .
  • Contonya tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.




   3.Tangga sambung lekap
  • Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang duakali lebar kayu.
  • Ia digunakan dalam pembinaan perabot.
  • Tanggam in tidak menerima tegangan yang berlebihan.
  • Tanggam ini dikukuhkan dengan bolt dan nat.






Tanggam-tanggam ini sangat sesuai digunakan dalam pelbagai projek yang berasaskan kayu.
Selamat mencuba.😁








No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...