Saturday, 24 December 2022

 

MUSIM HUJAN TIBA, CARA SELAMATKAN PERABOT MUSIM HUJAN




Assalamualaikum semua 😄 sekarang ni dah masuk musim hujan kan jadi hari ni admin nak kongsi sikit je tentang penjagaan perabot di musin hujan.Ahkir tahun adalah saat rumit dan beberapa masalah rumah akan timbul. Antara masalah yang sering timbul adalah kelembapan udara yang akan menyebabkan berlaku kerosakan kepada peralatan rumah seperti perabot dan lain-lain.

 

Penjagaan perabot kayu di musim hujan memang tidak sama pada musim kemarau. Umumnya penjagaan perabot kayu di musim hujan lebih rumit sehingga memerlukan penjagaan khusus untuk membuat perabot tetap terjaga dan dalam keadaan baik. 


1 - PASTIKAN RUMUH KEKAL DALAM KEADAAN YANG BERSIH.

Pada musim hujan, debu dan kotoran akan lebih mudah menempel di perabot kayu karena permukaan perabot lebih lembap, terutama perabot yang berada di luar rumah. Debu yang menempel juga dapat berupa partikel halus atau butiran pasir.

Jika ada kotoran atau debu dan tidak segera dibersihkan maka dapat menyebabkan goresan pada perabot. Gunakan lap kering lembut agar tidak menggores permukaan perabot.


Tidak digalakkan menggunakan kain atau pengelap yang berbulu kerana serat benang akan melekat dan meninggalkan kesan pada perabot. Dan tidak digalakkan menggunakan silikon kerana silikon dapat merosakkan permukaan kayu.


2 - GUNA PENCUCI YANG BETUL

Untuk membersihkan perabot , gunakan larutan air sabun yang tidak begitu kuat. Selain itu, untuk kotoran yang degil boleh juga menggunakan rendaman air suam yang dicampur dengan sedikit cuka untuk mengelakkan perabot cepat berkulat dan berdebu.




Untuk membersihkan perabot seperti,seperti kerusi, meja, almari atau lantai sebaiknya selalu menggunakan pembersih khusus kayu saat membersihkan perabot yang diperbuat daripada kayu.

Untuk memastikan kesesuaian terhadap perabot, lakukan semakan bahan dan cara pakai pada label produk  terlebih dahulu. Bersihkan perabot tiga kali seminggu agar perabot selalu bersih. Hindari menggunakan pembersih berkualiti rendah kerana kualiti kayu akan cepat rosak.


3 - GUNA PENGALIRA UDARA YANG BETUL

Pada musim hujan, kelembapan udara dalam ruang berukuran antara 40% - 45%. Kelembapan udara yang lebih rendah dari level tersebut dapat menyebabkan keretakan pada perabot, sedangkan kelembapan yang terlalu tinggi dapat menyebabkan penbengkakan kepada perabot


Dehumidifier atau alat pengontrol kelembapan dalam ruang adalah cara paling mudah untuk mengatur kelembapan di rumah. Alat ini akan menganalisis tahap kelembapan udara dan menyerapnya ke dalam mesin untuk menghaslikan udara ruang dengan tahap kelembapan yang normal. Dehumidifier juga membantu membuat kualiti udara di dalam rumah jadi lebih baik dan mencegah ruangan terasa pengap akibat udara yang lembap.


4 - LETAKAN DI TEMPAT YANG TEPAT


Selama musim hujan, hindari meletakkan perabot kayu di area yang mengalami perubahan suhu. Misalnya, menempatkan perabot kayu di depan sumber panas. Perubahan  dari suhu dingin ke panas dapat menyebabkan pembengkokan pada kayu.

Hindari atau minimalisasi peletakkan perabot kayu di tempat yang terkena tampias, terutama untuk perabot di luar ruangan. Percikan air pada perabot dapat menurunkan kualiti kayu.


Monday, 20 June 2022

JENIS – JENIS COUNTERTOP


Table top kabinet dapur memainkan peranan penting untuk menilai mutu dan kualiti kabinet dapur. Setiap table top mempunyai kelebihan dan kekurangan bahan itu sendiri.



1. WOOD TOP/ TOP KAYU 

  • Countertop/ atau table top ini sama dengan pintu melamine, menggunakan chipboard. 
  • Kalis kelembapan dan anai – anai. 
  • Tidak sesuai dengan tempat basah atau terdedah kepada tempat yang selalu kena air. 
  • Pilihan harga ekonomi/ murah. 
  • Daya serapan hentakan yang baik. 
  • Permukaan worktop tidak mudah calar. 
  • Boleh didapati dengan pelbagai variasi corak dan warna (Solid, Fabric dan Natural)
  • Tidak tahan haba dan panas kerana bahan daripada kayu.



2. SOLID SURFACE TABLE TOP. 

  • Table top jenis ini, adalah campuran habuk mineral marmar yang dicampur dengan resin plastic/ UPE/ UPP dan belbagai bahan semula jadi yang bersesuaian. (Bukan diperbuat daripada Batu asli dan ia adalah bahan process semula, dijadikan batu) 
  • Solid surface table top mempunyai daya serapan cecair dan kotoran, membuatkan ia mudah dibersihkan dan tidak mudah calar dengan permukaan tahan lama dan licin, kerana sifat batu bukan semula jadi mempunyai liang pori. 
  • Harga lebih murah berbanding batu asli dengan banyak kelebihan dan cantik. 
  • Mempunyai pelbagai variasi corak dan warna (Natural Colour) yang sangat cantik. 
  • Sesuai digunakan ditempat basah, seperti dapur basah/ exterior.
  • Tidak berkilat. 
  • Sesuai untuk dapur bergaya modern, British kitchen style yang focus pada warna matte, semula jadi dan basic.




3. QUARTZ STONE 

  • Quartz stone adalah batu semula jadi yang diprocess semula bagi menghasilkan warna table top kelihatan sekata dan cantik. 
  • Harga adalah mahal kerana menggunakan batu semula jadi, dan mempunyai banyak process pembuatan. 
  • Material tahan air, haba panas yang tinggi, calar dan objek tajam. 
  • Permukaan licin dan berkilat seperti batu asli, kelihatan mewah dan cantik. 
  • Corak dan warna didapati dalam pelbagai variasi. 
  • 100% kalis air.




4. GRANITE & MARBLE 

  • Granite dan marble table top adalah daripada batu asli yang di ambil dari lereng bukit, diprocess dan dipotong kepada bentuk untuk dijadikan lantai/ jubin atau countertops
  • Harga adalah mahal kerana ia bahan semula jadi dan kuat. 
  • 100% kalis air. 
  • Permukaan tahan lama, tahan calar. 
  • Licin dan berkilat. 
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna. Corak dan warna bergantung kepada batu dan tidak boleh diubah, 
  • Tidak mudah retak dan kuat

Sunday, 24 April 2022

PERKONGSIAN: CARA UNTUK UPDATE & UPGRATE KABINET DAPUR DENGAN MURAH

 
 


Bagaimana pula dengan memberikan penampilan yang menarik pada kabinet dapur lama anda yang boleh meningkatkan rupa keseluruhan dapur? Jika struktur asas dan kekuatan kabinet berada dalam keadaan baik, maka dengan beberapa perubahan mudah anda boleh dengan mudah memberi nafas baru ke dalam ruang yang suram.

Berikut adalah beberapa cara praktikal dan berpatutan untuk mengemas kini kabinet dapur dengan harga yang murah


Tuesday, 22 March 2022

KABINET DAPUR KIJOKAYU EDISI RAYA 2022

 

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Semoga semua pembaca sihat belaka.

 

Semperna kempen Promosi kabinet dapur, hari Raya Aidil Fitri ini, saya ingin bercerita tentang jenis material kabinet dapur yang terbaik dan design yang bersesuaian dengan ruangan rumah, lebih-lebih lagi bersesuaian dengan bajet yang akan dikeluarkan.



Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang?
Kami yakin, ramai pembaca adalah dikalangan surirumah dan istri yang baru berumah tangga yang mengimpikan ruangan dapur sempurna dan “aesthetic” yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka.

Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Tentu ramai yang ingin tahu tentang material apa yang mereka boleh pilih untuk dapur mereka?

Disini kami, menyediakan maklumat tentang jenis material cabinet yang beserta dengan bajet untuk anda ketahui, yang juga boleh didapati di Syarikat kami Perabot Nik Lah SDN BHD

Disini saya sediakan link untuk memudahkan lagi urusan anda, sempena promosi hari raya ini, saya yakin anda mesti menginginkan kemeriahan setelah dua tahun raya dalam PKP.

Jom cuci mata di website kami Perabot Nik Lah atau serbu je kat FB kami FB KijoKayu


#kijokayu #perabotniklah #kabinetmoden #kabinet2022 #kabinetlaku #kabinetmampumilik #kabinetdapur #kabinetrumah #wardrobe #kotabharu

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...