Monday 20 June 2022

JENIS – JENIS COUNTERTOP


Table top kabinet dapur memainkan peranan penting untuk menilai mutu dan kualiti kabinet dapur. Setiap table top mempunyai kelebihan dan kekurangan bahan itu sendiri.



1. WOOD TOP/ TOP KAYU 

  • Countertop/ atau table top ini sama dengan pintu melamine, menggunakan chipboard. 
  • Kalis kelembapan dan anai – anai. 
  • Tidak sesuai dengan tempat basah atau terdedah kepada tempat yang selalu kena air. 
  • Pilihan harga ekonomi/ murah. 
  • Daya serapan hentakan yang baik. 
  • Permukaan worktop tidak mudah calar. 
  • Boleh didapati dengan pelbagai variasi corak dan warna (Solid, Fabric dan Natural)
  • Tidak tahan haba dan panas kerana bahan daripada kayu.



2. SOLID SURFACE TABLE TOP. 

  • Table top jenis ini, adalah campuran habuk mineral marmar yang dicampur dengan resin plastic/ UPE/ UPP dan belbagai bahan semula jadi yang bersesuaian. (Bukan diperbuat daripada Batu asli dan ia adalah bahan process semula, dijadikan batu) 
  • Solid surface table top mempunyai daya serapan cecair dan kotoran, membuatkan ia mudah dibersihkan dan tidak mudah calar dengan permukaan tahan lama dan licin, kerana sifat batu bukan semula jadi mempunyai liang pori. 
  • Harga lebih murah berbanding batu asli dengan banyak kelebihan dan cantik. 
  • Mempunyai pelbagai variasi corak dan warna (Natural Colour) yang sangat cantik. 
  • Sesuai digunakan ditempat basah, seperti dapur basah/ exterior.
  • Tidak berkilat. 
  • Sesuai untuk dapur bergaya modern, British kitchen style yang focus pada warna matte, semula jadi dan basic.




3. QUARTZ STONE 

  • Quartz stone adalah batu semula jadi yang diprocess semula bagi menghasilkan warna table top kelihatan sekata dan cantik. 
  • Harga adalah mahal kerana menggunakan batu semula jadi, dan mempunyai banyak process pembuatan. 
  • Material tahan air, haba panas yang tinggi, calar dan objek tajam. 
  • Permukaan licin dan berkilat seperti batu asli, kelihatan mewah dan cantik. 
  • Corak dan warna didapati dalam pelbagai variasi. 
  • 100% kalis air.




4. GRANITE & MARBLE 

  • Granite dan marble table top adalah daripada batu asli yang di ambil dari lereng bukit, diprocess dan dipotong kepada bentuk untuk dijadikan lantai/ jubin atau countertops
  • Harga adalah mahal kerana ia bahan semula jadi dan kuat. 
  • 100% kalis air. 
  • Permukaan tahan lama, tahan calar. 
  • Licin dan berkilat. 
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna. Corak dan warna bergantung kepada batu dan tidak boleh diubah, 
  • Tidak mudah retak dan kuat

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...