Saturday, 24 December 2022

 

MUSIM HUJAN TIBA, CARA SELAMATKAN PERABOT MUSIM HUJAN




Assalamualaikum semua 😄 sekarang ni dah masuk musim hujan kan jadi hari ni admin nak kongsi sikit je tentang penjagaan perabot di musin hujan.Ahkir tahun adalah saat rumit dan beberapa masalah rumah akan timbul. Antara masalah yang sering timbul adalah kelembapan udara yang akan menyebabkan berlaku kerosakan kepada peralatan rumah seperti perabot dan lain-lain.

 

Penjagaan perabot kayu di musim hujan memang tidak sama pada musim kemarau. Umumnya penjagaan perabot kayu di musim hujan lebih rumit sehingga memerlukan penjagaan khusus untuk membuat perabot tetap terjaga dan dalam keadaan baik. 


1 - PASTIKAN RUMUH KEKAL DALAM KEADAAN YANG BERSIH.

Pada musim hujan, debu dan kotoran akan lebih mudah menempel di perabot kayu karena permukaan perabot lebih lembap, terutama perabot yang berada di luar rumah. Debu yang menempel juga dapat berupa partikel halus atau butiran pasir.

Jika ada kotoran atau debu dan tidak segera dibersihkan maka dapat menyebabkan goresan pada perabot. Gunakan lap kering lembut agar tidak menggores permukaan perabot.


Tidak digalakkan menggunakan kain atau pengelap yang berbulu kerana serat benang akan melekat dan meninggalkan kesan pada perabot. Dan tidak digalakkan menggunakan silikon kerana silikon dapat merosakkan permukaan kayu.


2 - GUNA PENCUCI YANG BETUL

Untuk membersihkan perabot , gunakan larutan air sabun yang tidak begitu kuat. Selain itu, untuk kotoran yang degil boleh juga menggunakan rendaman air suam yang dicampur dengan sedikit cuka untuk mengelakkan perabot cepat berkulat dan berdebu.




Untuk membersihkan perabot seperti,seperti kerusi, meja, almari atau lantai sebaiknya selalu menggunakan pembersih khusus kayu saat membersihkan perabot yang diperbuat daripada kayu.

Untuk memastikan kesesuaian terhadap perabot, lakukan semakan bahan dan cara pakai pada label produk  terlebih dahulu. Bersihkan perabot tiga kali seminggu agar perabot selalu bersih. Hindari menggunakan pembersih berkualiti rendah kerana kualiti kayu akan cepat rosak.


3 - GUNA PENGALIRA UDARA YANG BETUL

Pada musim hujan, kelembapan udara dalam ruang berukuran antara 40% - 45%. Kelembapan udara yang lebih rendah dari level tersebut dapat menyebabkan keretakan pada perabot, sedangkan kelembapan yang terlalu tinggi dapat menyebabkan penbengkakan kepada perabot


Dehumidifier atau alat pengontrol kelembapan dalam ruang adalah cara paling mudah untuk mengatur kelembapan di rumah. Alat ini akan menganalisis tahap kelembapan udara dan menyerapnya ke dalam mesin untuk menghaslikan udara ruang dengan tahap kelembapan yang normal. Dehumidifier juga membantu membuat kualiti udara di dalam rumah jadi lebih baik dan mencegah ruangan terasa pengap akibat udara yang lembap.


4 - LETAKAN DI TEMPAT YANG TEPAT


Selama musim hujan, hindari meletakkan perabot kayu di area yang mengalami perubahan suhu. Misalnya, menempatkan perabot kayu di depan sumber panas. Perubahan  dari suhu dingin ke panas dapat menyebabkan pembengkokan pada kayu.

Hindari atau minimalisasi peletakkan perabot kayu di tempat yang terkena tampias, terutama untuk perabot di luar ruangan. Percikan air pada perabot dapat menurunkan kualiti kayu.


JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...