Wednesday, 18 November 2020

Kayu Solid Nyatoh Pelbagai Guna

 Assalamualaikum semua

Kayu solid nyatoh merupakan kayu keras dari spesies Palaquium spp. dan Payena spp. Kayu ini hidup di kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutama di Indonesia dan Filipina. 

Kayu nyatoh mempunyai teras berwarna merah jambu pekat atau coklat kemerahan. Ianya mempunyai ira kayu lurus yang semakin rapat dan mempunyai sedikit ira yang bersilang menyerupai kayu cherry. Ira berombak juga turut ditemui. Kayu nyatoh mempunyai tekstur medium dan juga dianggap sebagai kayu mesra alam. 

Antara ciri-ciri kayu nyatoh adalah:

  • Mudah dikendalikan
  • Ringan
  • Keras kerana mempunyai kandungan silika yang tinggi
  • Mempunyai getah semula jadi yang terkumpul di bilah gergaji apabila dipotong
  • Mempunyai bau yang masam ketika dipotong

Kayu nyatoh amat popular dalam pembuatan perabot dan pintu solid. Ianya turut menjadi pilihan dalam pembuatan bot, kabinet dapur, wainscoting, veneer, dan kemasan luar yang bermutu tinggi. Selain itu, kegunaan lain termasuk dalam pembuatan tanggam, lantai, dek tangga, tiang, plywood, frame pintu dan tingkap serta bermacam-macam lagi.

Kayu nyatoh digunakan  sebagai wainscoting dalam kemasan interior rumah


 
Meja makan yang menggunakan kayu solid nyatoh


Kayu nyatoh turut digunakan sebagai pintu kabinet dapur 

Walaupun banyak digunakan untuk kemasan luar, ianya tidak mempunyai perlindungan semula jadi yang cukup untuk menghalang pereputan dan serangga. Penggunaan finishing digalakkan untuk melindungi permukaan kayu nyatoh supaya tidak merosot dengan cepat.

Untuk dapatkan khidmat frame pintu dan tingkap atau kabinet dapur yang menggunakan kayu solid nyatoh, boleh hubungi team kami. Jangan risau, kami juga menyediakan khidmat design secara percuma.


Sunday, 8 November 2020

Plywood: Proses, Ciri-ciri dan Finishing

 Assalamualaikum semua 💪

Harini admin nak cerita tentang plywood. Plywood merupakan papan lapis yang dihasilkan daripada lapisan nipis kayu veneer yang dilekatkan bersama lapisan lain dengan ira kayu diputar berlawanan 90 darjah antara satu sama lain. Kebiasaanya plywood mempunyai lapisan dengan nombor ganjil supaya lebih stabil. Ianya juga kayu buatan manusia sama seperti blockboard dan chipboard 

Plywood atau turut dikenali sebagai papan lapis

Proses untuk mendapatkan kayu veneer menggunakan pisau khas

Ira kayu ditampal menyilang bagi 
  • Mengelakkan kayu pecah apabila dipaku di bahagian tepi
  • Mengurangkan pengembangan dan pengecutan
  • Menambah kestabilan
  • Menjadikan kekuatan panel konsisten di semua arah

Plywood mempunyai pelbagai jenis seperti plywood kayu lembut, plywood kayu keras dan plywood komposit. Ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz dan gred bergantung kepada keguanaannyaa. 

Antara ciri-ciri plywood ialah:
  • Ringan dan kuat
  • Tahan lama
  • Mempunyai rintagan haba yang bagus
  • Dapat bertahan dengan pelbagai cuaca
  • Kos yang murah
  • Mudah diselenggara
Oleh itu, plywood juga menjadi pilihan untuk material rekaan dalaman seperti kabinet tv, pembuatan kabinet dapur dan pelbagai jenis perabot.


Contoh perabot dan kabinet dapur yang diperbuat dari plywood

Cat di atas plywood merupakan finishing yang biasa digunakan. Selain membantu memberikan warna untuk kemasan luar, ia juga membantu menahan cuaca yang teruk. Untuk kemasan natural, lapisan kalis air seperti campuran pelarut dari alkohol mineral, cat thinner, wax atau minyak pengeringan digunakan.

Lapisan kalis air di atas plywood

Itu sahaja dari admin, nantikan tajuk seterusnya kayu solid Nyatoh 😄

Blockboard dan Aplikasi di dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan selamat petang semua 😆

Baru-baru ni admin dah cerita tentang chipboard, harini admin nak cerita mengenai blockboard pula. Kedua-duanya kayu buatan manusia ataupun dikenali sebagai man-made.

Blockboard adalah blok-blok kayu yang disusun rapat antara dua lapisan plywood yang disatukan dengan tekanan dan suhu yang tinggi.

Blockboard natural tanpa warna
Blockboard permukaan putih yang boleh didapati di sebelah atau kedua-dua belah permukaan

Blockboard sesuai digunakan untuk perabot yang memerlukan papan kayu yang panjang kerana ianya lebih kaku dan tidak mudah lentur. Rak buku, meja, bangku panjang, katil, pintu dan panel dinding sesuai menggunakan material blockboard.

Ciri-ciri blockboard:
  1. Mempunyai berat yang ringan
  2. Pengalir haba, bunyi dan elektrik yang lemah
  3. Stabil dan mudah dipotong
  4. Jangka hayat panjang
  5. Tahan retak kerana mempunyai kestabilan dimensi yang sangat baik
Contoh perabot yang menggunakan blockboard



Kabinet Dapur Blockboard

Dalam pembuatan kabinet dapur, Formica (brand laminated) dilekatkan di atas papan blockboard menggunakan gam khas. Ianya digunakan untuk kemasan permukaan luar blockboard mengikut tema dan konsep dapur. Pintu kabinet dapur blockboard biasanya bersaiz 18mm. Jika menggunakan blockboard permukaan putih di sebelah, bahagian berwarna putih akan dihadapkan ke dalam manakala bahagian luar akan ditampal formica.

Variasi warna dan tekstur formica yang sesuai dengan pelbagai konsep dapur

Kabinet dapur yang menggunakan blockboard dan formica sebagai kemasan luar

Blockboard yang ringan sesuai dijadikan pintu kabinet manakala formica yang kalis air serta tahan calar menjadi pilihan sesuai untuk pembinaan kabinet dapur. 

Semoga sharing ini memberi pencerahan serba sedikit mengenai asas blockboard dan kegunaannya dalam kabinet dapur. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai material kabinet dapur, sila dapatkan nasihat designer kami secara percuma.

Monday, 2 November 2020

Jom Kenali Chipboards

Assalamualaikum semua 😀

Memandangkan #perabotniklah banyak menggunakan chipboard dalam pembuatan kabinet dapur, maka harini admin nak cerita sikit mengenai chipboard. 

Chipboard adalah kayu man-made yang digunakan untuk mengganti kayu solid. Selain chipboard, kayu man-made juga termasuklah plywood, MDF, blockboard dan lain-lain lagi.

Panel Chipboards
Bagaimana chipboard dibuat?
  1. Ianya diperbuat daripada serpihan kayu dan gam
  2. Campuran itu ditekan membentuk kepingan 
  3. Kepingan tersebut dipotong mengikut saiz dan ketebalan tertentu 
  4. Permukaan dan sisinya biasanya ditampal dengan plastik atau veneer kayu
Serpihan kayu dan gam yang dimampat menjadi padat membentuk chipboards

Proses menampal chipboard dengan kayu veneer atau plastik

Chipboard biasanya digunakan dalam pembuatan perabot, interior rumah dan kabinet dapur bergantung kepada jenis-jenisnya. Ianya mudah dikendalikan, murah, stabil, ringan dan padat. Namun begitu, chipboard tidak sesuai digunakan di kawasan kelembapan tinggi kerana ianya mudah mengembang jika tidak dilindungi dengan cat atau kemasan lain.

Ikea juga banyak menggunakan chipboard yang ditampal dengan veneer kayu atau plastik supaya nampak lebih kemas dalam pembuatan perabot. 

 
Contoh Chipboard yang ditampal dengan veneer kayu dan plastik



Contoh raw chipboard dalam pembuatan perabot

Admin harap perkongsian ini membantu korang mengenali chipboards. Nantikan perkongsian seterusnya Rabu ini

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...