Sunday, 8 November 2020

Blockboard dan Aplikasi di dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan selamat petang semua 😆

Baru-baru ni admin dah cerita tentang chipboard, harini admin nak cerita mengenai blockboard pula. Kedua-duanya kayu buatan manusia ataupun dikenali sebagai man-made.

Blockboard adalah blok-blok kayu yang disusun rapat antara dua lapisan plywood yang disatukan dengan tekanan dan suhu yang tinggi.

Blockboard natural tanpa warna
Blockboard permukaan putih yang boleh didapati di sebelah atau kedua-dua belah permukaan

Blockboard sesuai digunakan untuk perabot yang memerlukan papan kayu yang panjang kerana ianya lebih kaku dan tidak mudah lentur. Rak buku, meja, bangku panjang, katil, pintu dan panel dinding sesuai menggunakan material blockboard.

Ciri-ciri blockboard:
  1. Mempunyai berat yang ringan
  2. Pengalir haba, bunyi dan elektrik yang lemah
  3. Stabil dan mudah dipotong
  4. Jangka hayat panjang
  5. Tahan retak kerana mempunyai kestabilan dimensi yang sangat baik
Contoh perabot yang menggunakan blockboard



Kabinet Dapur Blockboard

Dalam pembuatan kabinet dapur, Formica (brand laminated) dilekatkan di atas papan blockboard menggunakan gam khas. Ianya digunakan untuk kemasan permukaan luar blockboard mengikut tema dan konsep dapur. Pintu kabinet dapur blockboard biasanya bersaiz 18mm. Jika menggunakan blockboard permukaan putih di sebelah, bahagian berwarna putih akan dihadapkan ke dalam manakala bahagian luar akan ditampal formica.

Variasi warna dan tekstur formica yang sesuai dengan pelbagai konsep dapur

Kabinet dapur yang menggunakan blockboard dan formica sebagai kemasan luar

Blockboard yang ringan sesuai dijadikan pintu kabinet manakala formica yang kalis air serta tahan calar menjadi pilihan sesuai untuk pembinaan kabinet dapur. 

Semoga sharing ini memberi pencerahan serba sedikit mengenai asas blockboard dan kegunaannya dalam kabinet dapur. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai material kabinet dapur, sila dapatkan nasihat designer kami secara percuma.

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...