Assalamualaikum semua 😀
Memandangkan #perabotniklah banyak menggunakan chipboard dalam pembuatan kabinet dapur, maka harini admin nak cerita sikit mengenai chipboard.
Chipboard adalah kayu man-made yang digunakan untuk mengganti kayu solid. Selain chipboard, kayu man-made juga termasuklah plywood, MDF, blockboard dan lain-lain lagi.
Panel Chipboards
Bagaimana chipboard dibuat?
- Ianya diperbuat daripada serpihan kayu dan gam
- Campuran itu ditekan membentuk kepingan
- Kepingan tersebut dipotong mengikut saiz dan ketebalan tertentu
- Permukaan dan sisinya biasanya ditampal dengan plastik atau veneer kayu
Serpihan kayu dan gam yang dimampat menjadi padat membentuk chipboards
Proses menampal chipboard dengan kayu veneer atau plastik
Chipboard biasanya digunakan dalam pembuatan perabot, interior rumah dan kabinet dapur bergantung kepada jenis-jenisnya. Ianya mudah dikendalikan, murah, stabil, ringan dan padat. Namun begitu, chipboard tidak sesuai digunakan di kawasan kelembapan tinggi kerana ianya mudah mengembang jika tidak dilindungi dengan cat atau kemasan lain.
Ikea juga banyak menggunakan chipboard yang ditampal dengan veneer kayu atau plastik supaya nampak lebih kemas dalam pembuatan perabot.
Contoh Chipboard yang ditampal dengan veneer kayu dan plastik
Contoh raw chipboard dalam pembuatan perabot
Admin harap perkongsian ini membantu korang mengenali chipboards. Nantikan perkongsian seterusnya Rabu ini
No comments:
Post a Comment