Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃
Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan papan yang lebih lebar bagi pemasangan perabot .Penggunaan tanggam digunakan secara meluas dalam pertukangan kayu dan pembuatan perabot.
Tanggam mempunyai beberapa jenis iaitu:
TANGGAM MELEBAR
- tanggam glu gesel
- tanggam penetap
- tanggam lidah dan lurah
- tanggam tertingkat
- tanggam temu
- tanggam temu tetingkat
- tanggam temu tertingkat lidah berparit
- tanggam rencong biasa
- tanggam bajang tunggal
- tanggam bajang biasa
- tanggam bajang bajang hujung litup
- tanggam lekap
- tanggam kekang
- tanggam penetap
- tanggam lubang dan putting
- tanggam skaf
- tanggam plat sambut
- tanggam sambung jari
- tanggam sambung lekap
- Dibuat dengan menyediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan.
- Sekirannya ingin lekatan itu sempurna antara papan-papan proses bantuan apit panjang perlu dilakukan
- Semua papan yang ingin disambung hendaklah disapu glu sebelah tepinya .
- Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan .
- Tanggam ini dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar.
- Tanggam ini serupa dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk menambahkan kekuatan pegangan
- Penetap-penetap ini dipasangkan dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan ,diglu dan diapitkan
- Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan.
- Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan,lapisan dinding kayu dan penelan.
- Tanggam ini boleh dibuat samada dengan alat-alat tangan ataupun mesin.
- Pada tiap-tiap keping papan, dibuatkan lidah disatu tepi dan lurah ditepi yang lain.
- Tanggam ini dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapisan dinding .
- Bagi kerja-kerja perabot , tanggam ini boleh digunakan supaya ia boleh tetap dan teguh.
- Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit
- Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahan luas permukaan yang diglukan.
- Dikenali sebagai tanggam sudut tepi .
- Hujung papan kayu diliruskan dan bertemu secara bersudut tepat
- Ia boleh diglu dan dipakukan atau diskrukan
- Digunakan pada binaan kotak atau peti
- Dikenali sebagai penjuru hujung litup
- Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikeping kayu kedua.
- Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukkan apabila dipakukan.
- Satu daripada hujung kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut
- Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkap , tanggam ini lebih kuat.
- Ia juga digunakan untuk membuat kotak,perabot dan laci
- Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sudut kotak yang tidak menunjukkan keratan hujung kayu.
- Kedua-dua keping kayu hendaklah sama tebal.
- Sambungannya mesti dilekatan dengan glu.
- Perlu dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan ke dalam lurah yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.
- Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua.
- Ia merupakan tanggam sikut yang paling kuat
- Pin ini dibuat mengikut ekor punai .
- Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6
- Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.
- Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai.
- Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam.
- Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6
- Tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang.
- Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin.
- Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga hujung kayu
- Tanggam ini digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.
- Tanggam lekap siku(atau berpenjuru)- ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil
- Tanggam lekap penjuru rencong - ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan seagainya karna pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.
- Tanggam lekap T- ia digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.
- Tanggam lekap bajang T- ia adalah serupa dengan lekap T , tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.
- Tanggam lekap palang- ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang
- Tanggam kekang T -ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh
- Tanggam kekang penjuru-nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan puting terbuka .ia digunakan pada penjuru pemidang .
- Tanggam kekang penjuru rencong- cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua b
elah atau sebelah sahaja.ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya .
- Tanggam penetap-ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya. Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangan sendiri.\
- Tanggam lubang dan puting -tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.ia mempunyai pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah
-Tanggam lubang dan putting biasa - kedua-dua kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal.Bahagian hujung pemidang lintang berteu dengan pemidang tegak .Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang1/3 daripada tebal kayu berkenaan .Lebar putting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya .
-Tanggam lubang dan puting berjanjang - tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak . Pemidang pada hujungnya seperti pada kaki meja dan kerusi . Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting . fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada bealih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.
-Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah-sebelah bahu dikerat panjang sedikit untuk menerima tertingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.
-Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah-tanggam ini digunakan apabila kayu pemidang lintang lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa .Putting ini cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah 1/2 tebal kayu lintang.
TANGGAM MEMAJANG
-Tanggam ini digunakan apabila menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang.
-Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan .
-Ada 3 jenis tanggam memanjang yang sering digunakan iaitu:
1. Tanggam skaf
- Tanggam ini banyak digunakan untu memanjangkan kayu tutup tiang,gulung-gulung dan juga gelegar.
- Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran lebarnya.
- Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasangkan 2 atau 4 bolt bersama nalt.
- Tanggam ini biasanya digunaan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin.
- Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu .
- Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu .
- Contonya tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.
- Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang duakali lebar kayu.
- Ia digunakan dalam pembinaan perabot.
- Tanggam in tidak menerima tegangan yang berlebihan.
- Tanggam ini dikukuhkan dengan bolt dan nat.