Thursday, 17 August 2023

10 JENIS MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT




Mesin pembuatan perabot sangatlah penting untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pembuatan sesuatu perabot. Setiap mesin mempunyai cara penggunaan yang berbeza.

1.MORTISER HOLLOW

  •  Hollow chisel berguna untuk melubangi kayu secara berulang-ulang dan cepat
 Cara penggunaan mesin ini :

  • Posisikan kayu yang akan dibuat mortise pada tatakan .
  • Hidupkan motor kemudian tarik tuas sehingga Mata bor/square shape drilling turun ke bawah tepat mengenai kayu yang akan dibuat mortise.
  • Lakukan perlahan-lahan dengan tingkat kedalaman bertahap agar projek kerja itu tidak terlalu berat


2.JOINTER PLANTER



  • Jointer planer biasanya didefinisikan sebagai alat yang khusus untuk meratakan permukaan kayu.
  • Hanya dua sisi sahaja digunakan seperti sisi bawah dan kiri atau bawah dan kanan .
  • Mesin ini dapat mengatasi kayu yang melengkung atau tidak rata dengan cepat.
  • Membantu menghasilkan kayu yang rata dan seragam untuk kegunaan dalam pembuatan dan perabot bangunan dan sebagainya.


3.AUTOMATIC STRAIGHT RIPSAW


  • Mesin ini berfungsi membelah kayu menggunakan 1 mata circular saw.
  • Kelebihan mesin ini,kayu otomatis masuk ke mesin dan hasil pemotongan lurus.
  • Alat ini digunakan dalam industri kayu untuk memproses kayu menjadi kayu siap jual
  • Mesin ini membolehkan pemotongan kayu yang cepat dan cekap dengan ketepatan tinggi dan hasil berkualiti tinggi.
  • Alat ini dilengkapi dengan mata pisau yang berputar dan boleh disesuaikan dengan ketebalan kayu yang diinginkan .
  • Papan kayu yang dihasilkan dari mesin ini dapat digunakan dalam projek konstrusi seperti pembuatan perabot.


 4.SCROLL SAW




  •  Jigsaw ialah mesin atas dan bawah yang digunakan untuk memotong kayu dan boleh digunakan untuk membentuk kepingan berlekuk-lekuk.
  • Berfungsi untuk memotong pelbagai corak yang sukar dan memerlukan ketepatan yang tinggi
  • Alat ini sering digunakan dalam industri kreatif seperti kraf, lukisan, dan reka bentuk produk.
  • Alat ini mempunyai bilah nipis yang bergerak ke atas dan ke bawah dengan cepat dan boleh digerakkan ke arah yang berbeza untuk membuat potongan yang betul.
  • Alat ini juga dilengkapi dengan meja kerja boleh laras untuk membantu menghasilkan potongan seragam yang tepat.

5.SPINDLE MOULDER


  • Kegunaannya adalah untuk membentuk kayu atau bahan lain mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan pisau ukiran yang dipasang pada paksi berputar.
  • Alat ini sering digunakan dalam industri kayu untuk mengeluarkan produk seperti produk perabot,pintu,tingkap dan sebagainya.
  • Mesin ini dapat menghasilkan bentuk kayu yang berlainan seperti melipat ,membentuk ,membulatkan atau membuat profil pada kayu.
  • Alat ini juga digunakan dalam pelbagai projek kreatif seperti seni lukis ,seni bina dan banyak lagi

6.VERTICAL BAND SAW


  • Kegunaanya adalah untuk memotong bahan sepertikayu ,logam,plastik dengan menggunakan pisau yang berbentuk pita yang digerakkan oleh motor
  • Alat ini sering digunakan dalam industri pembuatan untuk mengeluarkan produk seperti perabot ,mesin dan lain sebagainya.
  • Mesin ini dapat digunakan untuk memotong bahan dengan ketebalan dan ukuran yang berbeza.
  • Mesin ini membantu mempercepatkan dan memudahkan kerja. 
  • Mesin ini adalah alat pemotong dengan bilah panjang yang terdiri daripada kepingan logam bergigi.

7.LASER CATTING


  • 3 fungsi utama laser cuttig adalah memotong,mengukir,dan menanda.
  • alat ini sering digunakan dalam industri pembuatan untuk memotong bahan seperti kertas,kain,logam,kayu dan plastik.
  • Mesin ini memungkinkan potongan yang tepat dengan menggunakan sinar laser yang dapat diarahkan dengan tepat pada bahan yang akan dipotong.
  • Alat ini boleh diprogramkan dengan perisian komputer untuk menghasilkan bentuk dan saiz yang dikehendaki secara konsisten dan cekap.
  • Alat ini juga digunakan dalam pelbagai projek kreatif seperti lukisan, seni bina dan banyak lagi.


8.RADIAL ARM SAW


  • Kegunaan radialarm saw adalah untuk memotong kayu atau bahan lain dengan tepat dan cepat dengan menggunakan mata pisau yang berputar pada sebuah lengan yang dapat digerakkan ke samping atau ke  depan-belakang
  • Alat ini sering digunakan dalam industri kayu untuk memotong kayu pada pelbagai sudut dan saiz yang berbeza dengan ketepatan yang tinggi
  • Mesin ini boleh digunakan untuk memotong kayu secara bersilang dan memotong kayu dengan ira kayu
  • Alat ini juga boleh dilengkapi dengan aksesori seperti meja penghala, mesin penghala, mesin pengampelas, dan pelbagai lagi untuk mempercepat dan memudahkan proses pemotongan kayu dalam pengeluaran industri dan pertukangan, serta menghasilkan pemotongan yang tepat dan berkualiti tinggi.
  • Laraskan kedudukan mata gergaji supaya berada terpat dengan penandaan ukuran pada kayu .
  • Pastikan keadaan kuasa elektrik tersedia untuk digunakan dan hidupkan suiz atau butang berwarna hitam disebelah sisi kanan mesin 

9.CNC ROUTER


  • Kegunaan cnc router adalah untuk memotong ,mengukir ,dan membentuk bahan kayu seperti logam , plastik ,dan komposit menggunakan teknologi komputer numerik atau cnc.
  • Alat ini sering digunakan dalam industri pembuatan untuk menghasilkan produk seperti perabot, panel pengiklanan, prototaip dan banyak lagi.
  • Mesin ini menggunakan perisian yang diprogramkan untuk memacu alat pemotong secara automatik dengan ketepatan dan ketepatan yang tinggi
  • Alat ini boleh menghasilkan bentuk dan corak yang kompleks dengan kelajuan dan ketekalan yang hebat.

10.THICKNESSING PLANNER





  • Kegunaannya adalah untuk membentukk kayu menjadi ketebalan yang diinginkan dan untuk membuat permukaannya rata dan halus.
  • Alat ini sering digunakan dalam industri pembuatan kayu untuk menghasilkan produk seperti perabot, lantai kayu, dan sebagainya
  • Alat ini memiliki dua pisau pahat yang dipasang pada sebuah drum yang berputar.
  • Kayu dimasukkan ke dalam mesin dan ditekan pada pahat untuk menghasilkan permukaan kayu yang licin dan sekata dengan ketebalan yang dikehendaki
  • Mesin ini juga digunakan dalam pertukangan untuk menghasilkan permukaan yang rata dan licin untuk projek kreatif seperti membuat alat muzik, ukiran dan banyak lagi.
  • penggunaan mesin ini akan mempermudahkan kerja para tukang dalam mengerjakan projek yang besar.


No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...