Monday 21 August 2023

WAKAF

 Assalamualaikum , apa khabar semua? 

Pasti ramai yang ingin tahu tentang wakaf kan ? wakaf atau gazebo telah menjadi tempat kebiasaan bagi penduduk kampung mahupun luar bandar untuk beriadah,berehat dan sebagainya. Wakaf ini bukan sahaja menjadi tempat rehat malah segelintir masyarakat menjadikan wakaf ini sebagai hiasan halaman rumah mereka. Tidak hairanlah sekiranya wakaf ini dibina dengan begitu cantik.




PENGENALAN WAKAF

Pembinaan wakaf yang struktur binaan luarnya seperti pondok dengan keadaan terbuka di sekelilingnya menjadikan laman rumah tampak sejuk dan nyaman selain berfungsi mewujudkan suasana visual vertikal dalam taman. Selain itu ,wakaf menjadi sebahagian titik fokus utama kepada eleman landskap kerana peranannya yang dapat menghidupkan lagi suasana kedamaian pada laman rumah selain dijadikan tempat bersantai pada waktu petang.

Di negara ini, terdapat pelbagai jenis wakaf dengan reka bentuk berbeza antaranya wakaf bumbung limas johor,kampung,gaya neo-tradisional dan bendang.Aliran wakaf limas semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini berikutan penggunaan imej rustik dan usang selain penyatuan elemen semula jadi pada satu struktur binaannya.


Walaupun kos pembinaannyadikatakan mencecah ribuan ringgit ,pemilik laman sanggup mengeluarkan modal besar bagi memastikan landskap mereka sentiasa ceria dan indah serta tidak cacat bagi pandangan luar.Pada hakikatnya, tarikan reka bentuk wakaf sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan cita rasa masing-masing sama ada berkonsep moden , kontemporari atau sebaliknya selain perlu mengikut keluasan tanah atau laman rumah .

Wakaf yang bakal didirikan itu pula boleh dibina dalam pelbagai saiz dan bentuk sama ada pemiliknya mahukan beratapkan rumbia, senggora, limas, atau genting lama. Bagi mereka yang mengimpikan wakaf berbentuk tradisional , boleh memilih atap rumbia dan nipah sebagai penutup bumbung sebelum meletakkan kayu berukiran awan larat pada bahagian tepi bumbung selain diletakkan pancang kayu berbentuk mata lembing pada puncak bumbung.


BAHAN BINAAN WAKAF


Kebanyakkan kayu yang digunakan untuk membuat tiang ,tunjuk langit,tetulang bumbung dan pangkin wakaf pula daripada jenis balau,seraya dan cengal kerana ia kukuh serta tahan perubahan cuaca. Namun penggunaan batang nibung juga boleh digunakan sebagai tiang penyokong wakaf kerana kedua-duanya turut dikatakan lasak,selain memiliki teras serta corak kayu asli sebaik kulitnya disiat buang sebelum divarnis dengan cat bermutu tinggi. 

Selain alah kepada cuaca,pemilihan kayu penting bagi menentukan keuntuhan dan ketahanan sesuatu wakaf untuk tempoh agak panjang bagi mengelakkannya daripada dimakan serangga pemusnah seperti anai-anai.




PERHIASAN WAKAF


Bagi pemilik kreatif mereka boleh menghias wakaf mereka dengan pelbagai aksesori taman menarik sebagai pelengkap seperti hiasan lampu antik dipasang pada tiang atau meletakkan bangku siap divarnis pada ruang wakaf. Bagi  memastikan suasana taman yang direka bentuk tidak mati,tanaman hiasan sama ada renek,berbunga,menjalar atau berdaun hijau perlu ditanam secara teratur dan kreatif di sekitar wakaf terbabit,selain penggunaan elemen keras seperti pasu dan ornamen.

Antara tanaman hiasan yang disyorkan ialah pinang makan areca carechu,keladi gajah,palma renek, naga buana dan pegaga. Malah,bagi menceriakan lagi suasana,panel pancutan air pada dinding dan olam air juda boleh dibina berhampiran atau di bawah wakaf sebelum dilepaskan sekumpulan ikan koi serta tumbuhan berair seperti kiambang dan bunga telipot di dalamnya.



TANGGAM YANG TERLIBAT DALAM KERJA PEMBINAAN WAKAF


Pembinaan wakaf melibat banyak kerja-kerja tanggam.Kerja tanggam yang baik akan mencantikkan wakaf malah memperkuatkan struktur wakaf tersebut. Antara tanggam yang terlibat dalam kerja wakaf ialah : 

1. Tanggam lubang
  • Di kawasan rasuk dengan tiang
  • Di kawasan alang dengan tiang
2. Tanggam lubang putting
  • Dikawasan antara pagar dengan tiang 
  • Dikawasan antara jenang dan hand rail
3. Tanggam lekap
  • Tanggam lekap T
  • Tanggam lekap palang
4. Tanggam kekang pintu    

5. Tanggam penjuru

6. Tanggam melebar
  • Di kawasan lantai

7. Tanggam Temu
  • Rencong penjuru
  • Penjuru antara hand rail pagar dengan tiang
  • Dikawasan antara jenang dengan hand rail.

8. Tanggam rencong penjuru
  • Di kawasan pertemuan pucuk bumbung

9.Tanggam lekap penjuru rencong
  • Di kawasan pertemuan pucuk bumbung

10. Tanggam memanjang     
  • Lantai
  • Pemeleh
  • Gulung-gulung                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Yang manakah menjadi pilihan anda ?




No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...