Thursday, 4 June 2020

Covid-19

Assalamualaikum semua 😆
Setelah sekian lama menyepi, #perabotniklah kini di blog lagi 💪

Harini dah masuk 78 hari kan kita berpkp.. Jap jap nk ingat balik bila kita start berpkp ye?? 

Xsilap nye pada 18 March 2020 hari rabu di mana kita semua diperintahkan untuk duduk di rumah, syarikat-syarikat wajib kena tutup kecuali yang penting untuk teruskan hidup.

Kenapa kena berpkp?? Hal ini tak lain tak bukan disebabkan Covid-19 yang semakin menular di Malaysia. 

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

Covid-19: Total cases so far (updated daily) | The Star

                                                                   Virus Covid-19 

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. 

Disebabkan oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah berjaga jaga dengan mengehadkan pergerakan rakyat di seluruh Malaysia

Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini.

Jadi apa lagi semua?? Jaga lah diri baik2 ye semua.. STAY AT HOME 

Sudah tentu Perabot Nik Lah takkan terlepas dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

PIHAK SYARIKAT MEMANDANG ISU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEBAGAI SUATU PERKARA YANG SERIUS UNTUK MEMERANGI PENULARAN COVID-19


Satu perhimpunan khas bersama para pekerja diadakan untuk menerangkan tentang bahayanya wabak ini dan pemahaman tentang Perintah Kawalan Pergerakan.


Oleh yang demikian, syarikat menyahut seruan kerajaan untuk menghentikan operasi kilang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.


Image may contain: 8 people, including Khuzaimah Lokhman and Eiza Hasliza, people standing

Perhimpunan antara majikan dan pekerja


Image may contain: one or more people and people sitting

 Pengurus besar Perabot Nik Lah memberi penerangan mengenai PKP 


Semoga dengan langkah sekecil ini yang mampu untuk mengurang dan membendung wabak COVID-19.

Marilah kita berdoa agar negara kita dapat menghindari wabak ini dalam masa yang singkat.


#perabotniklah menjadi pemain utama dalam industri perkayuan di Malaysia





No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...