Perabot Nik Lah sebagai pemain utama dalam industri perkayuan di Malaysia
Assalamualaikum π
Sekarang kita dah masuk bulan September dan masih dalam PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Dan bulan ni jugak adalah bulan ketiga Perabot Nik Lah beroperasi semula setelah PKPP dijalankan. Alhamdulillah π
Banyak perkara yang berlaku sewaktu PKP dijalankan. Sebagai memori peribadi Perabot Nik Lah, syarikat juga menutup premis sebagai mana arahan yang dikeluarkan oleh PM.
Dalam tempoh PKP banyak premis yang mengalami masalah setelah kita digegarkan dengan satu virus yang dinamakan Covid-19. Sebagai syarikat SME yang diuruskan secara persendirian, perabot Nik Lah juga terkesan dengan penutupan sementara ini. Banyak perkara yang tergendala seperti tempahan pelanggan, kekurangan bahan mentah dan kos pengurusan operasi dan gaji pekerja menjadi antara isu besar sewaktu PKP dilaksanakan.
Walau bagaimana pun Perabot Nik Lah telah mengambil keputusan untuk menjaga kebajikan pekerja. Syarikat tidak membuang pekerja walaupun musibah ini melanda. Alhamdulillah, syarikat juga menerima bantuan PRIHATIN daripada pihak kerajaan yang sedikit sebanyak dapat menampung kos pembayaran gaji pekerja sewaktu PKP. Selain tidak membuang pekerja, syarikat juga membayar gaji pekerja sepanjang tempoh PKP.
Perabot Nik Lah mula beroperasi seawal 11 Mei 2020 apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi secara berperingkat. Syarikat memulakan operasi dengan panduan keselamatan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
No comments:
Post a Comment