Tuesday 16 March 2021

ASAS PEMASARAN (BASIC MARKETING)

Asas pemasaran (Basic Marketing)

Anda mesti tahu perbezaan antara sales dan marketing. Sales atau jualan ialah proses menjual produk atau perkhidmatan. Marketing atau pemasaran ialah cara menarik minat bakal pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda. Marketing ialah cara-cara untuk membuatkan produk atau perkhidmatan anda dikenali orang ramai. Apabila orang sudah kenal produk atau perkhidmatan anda, proses sales atau jualan akan berlaku. (credit:guruniaga.com) 

Produk dari syarikat Nik Lah Sdn Bhd terdapat dalam 3 Kategori: 

  1. NL Furniture - Perabot sekolah & sekolah (kontrak).
  2. KijoKayu - Rekaan dalaman (ID), kabinet dapur, kabinet rumah & wardrobe (pakaian).
  3. Solid Work - Pengkhususan di dalam pembuatan "frame" jendela & pintu.




Elemen asas pemasaran (marketing)

Artikel Blog. Perkara pertama yang muncul setiap kali bercakap tentang pemasaran kandungan adalah artikel blog. Ia tetap relevan dalam menyokong kredibiliti kerjaya dan perniagaan jika dimanfaatkan dengan sabar, fokus dan teknik yang betul.

Tambahan lagi, kaji selidik terbaharu oleh optinmonster turut menyatakan bahawa laman web yang mempunyai blog mampu mempunyai potensi sebanyak 434% capaian indeks berbanding yang tiada. Ini kerana enjin carian lebih gemarkan kandungan-kandungan yang segar dari sesebuah laman web. 

Video. Sememangnya tidak dinafikan dalam era ‘digital marketing’, video memainkan peranan besar sebagai elemen pemasaran kandungan yang berkesan. Secara realiti, kita boleh lihat daripada sektor korporat dan komersil sehinggalah perusahaan kecil sederhana yang kini semakin giat menghasilkan kandungan video berkualiti untuk manfaat perniagaan.

Tidak ketinggalan juga, senario bertambahnya individu yang memanfaatkan platform video seperti YouTube untuk mencipta nama sebagai ‘vlogger’. Kesemua membuktikan video merupakan elemen pemasaran kandungan yang efektif dalam membina ‘engagement’ prospek pasaran.

Imej / Gambar. Satu elemen yang tidak seharusnya kita tinggalkan kerana ia memainkan peranan penting terutamanya dalam menyokong penulisan. Ia mampu menjadikan sesebuah ‘headline’ dan pengisian lebih ‘appealing’ atau menarik perhatian untuk dibaca. 

Bagi sesetengah situasi, imej amat membantu memberi gambaran sebenar kepada pelanggan dengan lebih jelas tentang produk mahupun perkhidmatan yang dijalankan. Melalui penulisan yang terancang dan imej yang baik telah terbukti membantu ramai peniaga atas talian menjana ‘conversion’ pelanggan dengan lebih baik. 

Infografik. Secara asas, infografik mampu menjadikan maklumat lebih menarik serta lebih mudah difahami. Atas faktor tersebut menjadikan infografik berjaya menarik perhatian audien dan turut meningkatkan kredibiliti perniagaan. Ia pada kebiasaannya juga mudah di’viral’kan.

Namun, kita perlu pastikan agar infografik yang direka bertepatan dengan maksud dari data maklumat yang asal, tidak mengelirukan atau disalah ertikan oleh audien dan prospek pasaran. Kesalahan penyampaian infografik boleh menjejaskan kredibiliti maklumat. 

Oleh itu, dapatkan maklumbalas dan pandangan dari beberapa individu terlebih dahulu sebelum ia dikongsikan. Ini penting bagi memastikan apa yang mereka faham adalah selaras data maklumat asal dengan jelas dan tepat. (Credit: marketinginasia.com)

Layari Laman Sosial Nik Lah Sdn Bhd:

Facebook Page

Instagram

Website

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...