Thursday, 1 April 2021

Pemasangan Kabinet Dapur di Rumah Puan Yati, Kota Bharu.

 Assalamualaikum semua πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹ 

Apa khabar? Harap korang semua baik-baik saje ye. Kita masih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi negeri Kelantan. Jaga S.O.P dan sentiasa membasuh tangan dan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan berkumpul di tempat yang sesak.

Apapun, harini nak bagitahu tentang update kerja-kerja pemasangan kabinet dapur di rumah pelanggan kami iaitu rumah Puan Yati πŸ˜€

Puan Yati request insipirasi design dapur dari tema 'Modern English' dengan keluasan 130 persegi. Dapur ini hasil dari renovation rumah Puan Yati dengan menggantikan kabinet dapur yang baru dan sedap mata memandang. 

Produk kabinet dapur ini adalah dari material kayu solid nyatoh. Jenis kayu ini adalah kayu keras ringan. Material ini juga memang sesuai untuk dijadikan perabot dan kabinet. Ketahanannya memang bagus dan senang untuk dijaga. 

 
 Perincian aksesori yang berwarna keemasan dipadankan dengan cat 'off-white' meyerikan lagi dapur Puan Yati.

Dapur ini berbentuk 'U' dan mempunyai dua pintu di dapur iaitu pintu menghubungkan ruang makan  dan pintu dapur.

  
Rak stainless steel yang diletakkan bersama kabinet dapur menjadikan dapur anda kelihatan lebih teratur dan tersusun elok πŸ˜€πŸ˜€
 

 
Wow sangat selepas kabinet dapur dipasang. Tuan rumah sendiri pun amat berpuas hati dengan tema kabinet yang dipilih oleh beliau sendiri.

Korang yang mana nak menempah kabinet dapur, selain itu kami juga ada buat perabot-perabot solidwood seperti kerusi dan meja makan, pintu rumah serta frame pintu. 

Boleh hubungi kami di Facebook Page KijoKayu dan di Instagram KijoKayu
 
Link whatsapp:  www.wasap.my/60199098571
 

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...