Sunday 11 April 2021

Proses pembuatan perabot sekolah: meja sekolah rendah.

Di dalam Perabot Nik Lah, kesemua proses pembuatan meja dan kerusi sekolah diproses oleh pekerja-pekerja kami. Proses ini memerlukan langkah-langkah yang perlu dilakukan secara teliti. Setiap unit meja sekolah perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

 

 

 

Fillet adalah permukaan melengkung yang tetap yang menggabungkan dua permukaan. Permukaan ini membentuk sudut dalam atau sudut luar. Fillet tepi adalah permukaan yang bertukar kepada permukaan yang licin antara dua muka yang yang menghadap bersebelahan.

Chamfer atau transitional edge antara dua muka objek. Kadang-kadang didefinisikan sebagai bentuk serong, ia sering dibuat pada sudut 45 ° antara dua muka bersudut kanan bersebelahan.






Mesin tenon menggunakan kepala pemotong atau pisau gergaji untuk membentuk unjuran (tenon) pada kepingan stok. Setiap tenon dapat dimasukkan ke dalam rongga (mortise) pada kepingan kayu yang lain untuk membentuk sambungan mortise dan tenon. Mesin ini merupakan suatu proses yang digunapakai di dalam industri perkayuan dan perabot.


Alur yang ditebuk menggunakan mesin tenon

Alat Grooving (pelarik alur)
Grooving adalah suatu proses untuk membentuk alur pada kayu untuk dijadikan perabot atau kerusi meja sekolah. Bergantung pada proses apa yang dapat dilakukan oleh pemotong alur tertentu, mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuk:
1. membentuk
2. fillet
3. garisan alur lurus

Hubungi kami di talian Whatsapp: wasap.my/60199098571

Facebook KijoKayu 

Instagram KijoKayu

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...