Thursday 27 May 2021

Jenis pokok kayu balak di Malaysia

Assalamualaikum dan hi. Apa khabar semua? πŸ˜€πŸ˜€ Semoga semuanya baik-baik saja.

Lately,isu-isu tentang pembalakan semakin hangat diperkatakan kerana hutan-hutan simpan (reserved forest) sudah diterokai oleh para pembalak yang tidak berlesen. Mengikut akta yang diperuntukan oleh kerajaan Malaysia jika kita mencerobohi hutan simpan dengan melakukan aktiviti haram seperti di dalam gambar berikut:

 


Balak didefinisikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong yakni membalak pokok kayu untuk menghasilkan kayu balak. Kayu balak merupakan kayu yang diperolehi daripada pokok-pokok besar yang tumbuh di kawasan hutan. Kayu cengal, meranti, keruing, balsa, ramin, belian dan mahogani, kapur,merupakan antara contoh-contoh kayu balak yang popular di seluruh dunia.

Balak adalah satu istilah kolektif untuk kayu yang dituai bagi penghasilan kayu dan papan. Proses ini adalah sebahagian daripada proses yang dinamakan pengeluaran kayu. Kayu ini kebanyakannya digunakan untuk tujuan struktur tetapi turut mempunyai banyak kegunaan lain juga. Kayu diklasifikasikan sebagai kayu keras atau kayu lembut.

Kayu dibekalkan sebagai kayu bergergaji kasar kerana satu, dua tiga atau keempat permukaannya hasil dari pemotongan gergaji. Selain kayu serbuk kayu kasar merupakan bahan mentah untuk pembuatan perabot dan barang-barang lain yang memerlukan pemotongan dan pembentukan tambahan. Ia boleh didapati dari pelbagai spesis, biasanya kayu keras, tetapi ia juga didapati dalam bentuk kayu lembut seperti pain putih dan pain merah kerana kos rendah mereka. (sumber: Wikipedia)

 



Di Malaysia mempunyai lebih 20 jenis pokok yang dijadikan sebagai sumber kayu balak. Terdapat tiga (3) kategori pengelasan kayu iaitu:

1) Kayu Keras Berat (Heavy Hard Wood):

  • Balau
  • Balau Merah
  • Bitis
  • Cengal
  • Giam
  • Kekatong
  • Keranji
  • Membatu
  • Merbau
  • Penaga
  • Resak
  • Tembusu
  • Tempinis

 2) Kayu Keras Sederhana (Medium Hard Wood):

  • Jati
  • Kapur
  • Kasai
  • Keladan
  • Kelat
  • Keledang
  • Kempas
  • Keruing
  • Kulim
  • Mata Ulat
  • Merpauh
  • Punah
  • Rengas
  • Simpoh

3) Kayu Keras Ringan (Light Hard Wood):

  • Acacia Mangium
  • Bekak
  • Bintangor
  • Geronggang
  • Gerutu
  • Hujan-hujan
  • Jelutong
  • Kedondong
  • Kembang Semangkuk
  • Kungkur
  • Medang
  • Mahogany
  • Melantai
  • Melunak
  • Mempisang
  • Meranti Bakau
  • Meranti Kuning
  • Meranti Merah
  • Merah Merah Tua
  • Merawan
  • Mersawa
  • Nyatoh
  • Penarahan
  • Pulai
  • Ramin/Melawis
  • Sepetir
  • Sesenduk
  • Surian
  • Terap
  • Terentang

Sekian itu sahaja dari min harini πŸ˜„Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tempahan kabinet atau perabot sekolah dan pejabat, boleh hubungi ke nombor yang tertera: 09-7742859

Atau email: niklahsb@gmail.com

Pautan ke link Instagram KijoKayu & Facebook KijoKayu





No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...