Thursday, 27 February 2020

Pengiktirafan kepada Nik Lah Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Setelah 38 tahun Nik Lah Sdn Bhd beroperasi, syarikat ini telah mendapatkan pengiktirafan SME CORP, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan Malaysian Timber  Industry Board (MTIB).

Ok jom kita mulakan dengan SME CORP. Dahulunya ia dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. 

SME CORP berfungsi sebagai: 

1) Pengkoordinasi polisi dan program.

2) Pusat Khidmat Nasihat dan Informasi.

3) Pengurusan Data, Penyebaran informasi dan ujian berkaitan PKS.

4) Bantuan Perniagaan.

5) Urusetia Kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 

Note: PKS = Perusahaan Kecil dan Sederhana

Untuk pengetahuan semua, Nik Lah Sdn Bhd telah menjalani SME Competitive Rating to Enhancement (SCORE). SCORE adalah satu alat diagnostik yang digunakan untuk mengukur dan meningkatkan daya saing syarikat PKS berdasarkan kepada prestasi dan keupayaan mereka. 

Antara kebaikan SCORE adalah:

1) Memudahkan rangkaian hubungan PKS dengan syarikat-syarikat besar.

2) Membangunkan pangkalan data PKS.

3) Menilai dan memantau prestasi dan kemampuan PKS.

4) Mengenal pasti bantuan yang bersesuaian untuk meningkatkan PKS.


Nik Lah Sdn Bhd diiktiraf sebanyak 4 bintang untuk SCORE

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai SME CORP, korang boleh pegi tngok dekat link 

Seterusnya, Nik Lah Sdn Bhd juga telah mendapat pengiktirafan dari FRIM. 

Pemasangan kerangka ‘h’ kerusi murid, kerusi keluaran kami mempunyai sijil pengujian ketahanan daripada FRIM PCS



Kerusi sekolah yang telah disiapkan


Semestinya kualiti perabot adalah keutamaan Nik Lah Sdn Bhd dalam memastikan syarikat kami terus berkembang maju ke hadapan. In shaa Allah dengan berkat usaha kami, Nik Lah Sdn Bhd akan lebih dikenali di Malaysia dan peringkat antarabangsa khususnya pada suatu hari nanti. 


Nik Lah Sdn Bhd juga menerima lawatan dari MTIB Kuala Lumpur dan Kelantan iaitu Pengarah Pembangunan Usahawan Bumiputera MTIB Tuan Haji Kamarulzaman bin Othman. Terima kasih Tuan dan juga pegawai MTIB Kuala Lumpur dan Kota Bharu. 
Perbincangan di antara pihak MTIB dan Nik Lah Sdn Bhd


Lawatan pihak MTIB ke kawasan kilang


#perabotniklah menjadi pemain utama industri perkayuan.




Tuesday, 25 February 2020

Aktiviti-aktiviti di Perabot Nik Lah

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Petang ni admin nak share kan mengenai aktiviti yang #teamniklah biasa lakukan sepanjang #perabotniklah beroperasi. Tanpa kerjasama dari #teamniklah, syarikat kami takkan sampai ke tahap seperti sekarang berbanding di awal perniagaan dulu. Setinggi-tinggi penghargaan kepada #teamniklah yang selalu support #perabotniklah. 

Dalam sesebuah perniagaan, semestinya pemilik #perabotniklah dan #teamniklah mestilah mempunyai kerjasama yang baik untuk mengekalkan prestasi syarikat. Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh #perabotniklah antaranya adalah kursus pembuatan perabot, kolobrasi dengan agensi-agensi industri perkayuan, memperkemaskan sistem operasi pembuatan perabot yang strategik dan sebagainya.



Penghantaran stok bahan kayu ke Nik Lah Sdn Bhd



Suatu ketika dahulu separuh masa dalam perjalanan perniagaan #perabotniklah. Malam-malam pun kami tak kisah angkut bahan ke kilang #perabotniklah asalkan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan pada masa yang ditetapkan. 

Prinsip "Customer First" semestinya menjadi amalan kami di #perabotniklah agar pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kami. 


Design perabot mengikut permintaan pelanggan 



Design perabot adalah perkara paling penting dalam industri perkayuan. Ukuran dan bentuk perabot mempunyai peranan yang penting dalam memastikan operasi membuat perabot berjalan dengan lancar.


Kerja pemasangan perabot almari 


Perabot Nik Lah adalah syarikat pengusaha bumiputera yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam pembuatan perabot berasaskan kayu. Beginilah suasana di kilang ketika kerja pemasangan perabot dilakukan. Konsep 'drilling' kebiasaannya digunakan di kilang Nik Lah Sdn Bhd untuk menyambung bahagian-bahagian perabot.  




Proses 'sanding' meja 


Selepas kerja pemasangan dilakukan, semestinya perabot berasaskan kayu memerlukan proses 'sanding' bagi menjaga kualiti permukaan perabot. Kayu semestinya mempunyai alur kayu yang permukaan kasar dan serpihan kayu kecil yang terkeluar selepas proses pemotongan. Oleh itu, proses 'sanding' adalah jalan penyelesaian untuk melicinkan permukaan kayu dan memudahkan proses mengecat. 



Kerja-kerja 'finishing' seperti mengelap dan mengecat 


Selepas kerja pemasangan dan 'sanding' selesai, bahagian terakhir untuk menyiapkan perabot adalah  'finishing' seperti mengelap dan mengecat perabot. Proses ini bertujuan untuk menjaga kualiti perabot. 


Haa macam tu la aktiviti di kilang Nik Lah Sdn Bhd untuk menyiapkan perabot permintaan pelanggan mengikut masa yang ditetapkan. Kualiti perabot adalah keutamaan di Nik Lah Sdn Bhd. 

Tapi sejak kebelakangan ni, Nik Lah Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus pembuatan perabot pada tahun 2018 bagi menarik minat penduduk setempat menceburi bidang pembuatan perabot bahkan pada masa yang sama Nik Lah Sdn Bhd dapat menjalin hubungan yang baik dengan penduduk setempat. 

Yuran kursus

Bersama peserta bengkel pembuatan perabot

Kalau korang tengok kat gambar ni, peserta bersama #teamniklah duduk di perabot sofa hasil tangan mereka yang berjaya disiapkan sepanjang tempoh berkursus di Nik Lah Sdn Bhd.

Selepas mengadakan kursus pembuatan perabot, Nik Lah Sdn Bhd terus mengorak langkah ke hadapan dengan melibatkan syarikat dengan pameran perabot kayu kerjasama MTIB. Penglibatan ini secara langsung dapat mempromosikan produk perabot dari kilang Nik Lah Sdn Bhd kepada masyarakat .  


Pameran Perabot dan Gaya Hidup Berasaskan Kayu Kelantan 2018




#teamniklah deal dengan pelanggan di tapak pameran



#teamniklah yang terlibat dengan pameran
Pelbagai promosi telah diberikan oleh Nik Lah Sdn Bhd kepada pelanggan sepanjang di pameran. Jadi, sekiranya Nik Lah Sdn Bhd terlibat dengan pameran lagi, nanti kami akan update dekat Facebook di page KijoKayu. Sebarang promosi, contest atau pengumuman yang penting berkaitan Nik Lah Sdn Bhd akan dimuat naik di instagram kijokayu.perabotniklah dan Facebook page KijoKayu. 


















Monday, 24 February 2020

Perabot berasaskan kayu di Perabot Nik Lah

Assalamualaikum....

Bagi yang pertama kali dengar nama #perabotniklah mesti tertanya-tanya mengenai produk yang dihasilkan di syarikat ni kan???

Haa..untuk pengetahuan semua #perabotniklah mengeluarkan perabot berasaskan kayu mengikut permintaan pelanggan. Macam-macam design yang boleh kami sediakan kepada pelanggan. 

Sekiranya pelanggan tiada idea mengenai design perabot, kami menyediakan design yang pernah digunakan untuk membuat tempahan perabot. Jadi, jangan risau sekiranya mahu menempah mana-mana jenis perabot di #perabotniklah.

Produk Perabot Sekolah

Kalau korang tengok gambar kat atas ni adalah design perabot sekolah yang kebiasaannya ditempah oleh pelanggan. Untuk pengetahuan anda semua, #perabotniklah juga merupakan ahli Kontrak Penal Berpusat di mana #perabotniklah menerima tempahan perabot secara pukal dari agensi kerajaan seperti hospital, sekolah dan sebagainya. 

Walaupun dikenali sebagai ahli Kontrak Penal Berpusat, kami juga menerima tempahan dari orang ramai seperti kabinet dapur, kabinet tv, almari, katil, kerusi sofa dan sebagainya yang berasaskan kayu. Pelbagi jenis design perabot disediakan untuk tempahan dari pelanggan.

Kabinet tv


Kaunter



Meja mesyuarat



Katil



Rak rehal

Kabinet dapur


Pelbagai jenis design #perabotniklah disediakan kepada pelanggan. Sekiranya berminat untuk membuat tempahan anda bolehlah wasap di  www.wasap.my/60199098571/perabotniklah

Terima kasih kerana meluangkan masa di blog #perabotniklah

Sunday, 23 February 2020

Latar Belakang Perabot Nik Lah

Nik Lah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai entiti pengusahaan perabot berasaskan kayu dan telah beroperasi sejak 16 Disember 1994. Kami juga merupakan ahli kontrak berpusat yang menerima tempahan perabot berskala besar dari pejabat, sekolah, hospital, institusi pengajian dan sebagainya. 

Pejabat Nik Lah


Syarikat Nik Lah Sdn Bhd telah mengeluarkan perabot berasaskan kayu seperti kaunter, meja mesyuarat dan meja mengajar mengikut permintaan pelanggan. 




Kaunter 



Meja mengajar 





Meja mesyuarat

                                                          


Semestinya sesebuah syarikat mempunyai misi dan visi bagi memastikan syarikat terus berkembang maju di masa hadapan. Nik Lah Sdn Bhd adalah perniagaan yang diwarisi sejak turun temurun adalah satu tanggungjawab yang mempunyai cabaran yang besar. Namun begitu, pelaksaan misi dan visi dalam syarikat cukup membantu dalam meningkatkan prestasi syarikat Nik Lah Sdn Bhd dari masa ke semasa.




Misi Nik Lah Sdn Bhd 


Misi Nik Lah Sdn Bhd

1) Membangunkan dan menjenamakan produk perabot tempatan dalam nafas kontemporari.

2) Bertanggungjawab dalam menaikkan taraf pekerjaan kepada penduduk setempat.

3) Mengekalkan kualiti produk serta melonjakkan produktiviti bagi penyelarasan kos dan tambah 

    nilai dalam perkhidmatan.


Visi Nik Lah Sdn Bhd



Visi Nik Lah Sdn Bhd

- Menjadi pemain utama dalam industri perkayuan.


Lokasi Nik Lah Sdn Bhd 

Lokasi Nik Lah Sdn Bhd terletak di 1066, Batu 8, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia yang mana berdekatan dengan persisiran pantai. 




JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...