Sunday 23 February 2020

Latar Belakang Perabot Nik Lah

Nik Lah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai entiti pengusahaan perabot berasaskan kayu dan telah beroperasi sejak 16 Disember 1994. Kami juga merupakan ahli kontrak berpusat yang menerima tempahan perabot berskala besar dari pejabat, sekolah, hospital, institusi pengajian dan sebagainya. 

Pejabat Nik Lah


Syarikat Nik Lah Sdn Bhd telah mengeluarkan perabot berasaskan kayu seperti kaunter, meja mesyuarat dan meja mengajar mengikut permintaan pelanggan. 




Kaunter 



Meja mengajar 





Meja mesyuarat

                                                          


Semestinya sesebuah syarikat mempunyai misi dan visi bagi memastikan syarikat terus berkembang maju di masa hadapan. Nik Lah Sdn Bhd adalah perniagaan yang diwarisi sejak turun temurun adalah satu tanggungjawab yang mempunyai cabaran yang besar. Namun begitu, pelaksaan misi dan visi dalam syarikat cukup membantu dalam meningkatkan prestasi syarikat Nik Lah Sdn Bhd dari masa ke semasa.




Misi Nik Lah Sdn Bhd 


Misi Nik Lah Sdn Bhd

1) Membangunkan dan menjenamakan produk perabot tempatan dalam nafas kontemporari.

2) Bertanggungjawab dalam menaikkan taraf pekerjaan kepada penduduk setempat.

3) Mengekalkan kualiti produk serta melonjakkan produktiviti bagi penyelarasan kos dan tambah 

    nilai dalam perkhidmatan.


Visi Nik Lah Sdn Bhd



Visi Nik Lah Sdn Bhd

- Menjadi pemain utama dalam industri perkayuan.


Lokasi Nik Lah Sdn Bhd 

Lokasi Nik Lah Sdn Bhd terletak di 1066, Batu 8, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia yang mana berdekatan dengan persisiran pantai. 




No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...