Thursday 27 February 2020

Pengiktirafan kepada Nik Lah Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Setelah 38 tahun Nik Lah Sdn Bhd beroperasi, syarikat ini telah mendapatkan pengiktirafan SME CORP, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan Malaysian Timber  Industry Board (MTIB).

Ok jom kita mulakan dengan SME CORP. Dahulunya ia dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. 

SME CORP berfungsi sebagai: 

1) Pengkoordinasi polisi dan program.

2) Pusat Khidmat Nasihat dan Informasi.

3) Pengurusan Data, Penyebaran informasi dan ujian berkaitan PKS.

4) Bantuan Perniagaan.

5) Urusetia Kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 

Note: PKS = Perusahaan Kecil dan Sederhana

Untuk pengetahuan semua, Nik Lah Sdn Bhd telah menjalani SME Competitive Rating to Enhancement (SCORE). SCORE adalah satu alat diagnostik yang digunakan untuk mengukur dan meningkatkan daya saing syarikat PKS berdasarkan kepada prestasi dan keupayaan mereka. 

Antara kebaikan SCORE adalah:

1) Memudahkan rangkaian hubungan PKS dengan syarikat-syarikat besar.

2) Membangunkan pangkalan data PKS.

3) Menilai dan memantau prestasi dan kemampuan PKS.

4) Mengenal pasti bantuan yang bersesuaian untuk meningkatkan PKS.


Nik Lah Sdn Bhd diiktiraf sebanyak 4 bintang untuk SCORE

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai SME CORP, korang boleh pegi tngok dekat link 

Seterusnya, Nik Lah Sdn Bhd juga telah mendapat pengiktirafan dari FRIM. 

Pemasangan kerangka ‘h’ kerusi murid, kerusi keluaran kami mempunyai sijil pengujian ketahanan daripada FRIM PCS



Kerusi sekolah yang telah disiapkan


Semestinya kualiti perabot adalah keutamaan Nik Lah Sdn Bhd dalam memastikan syarikat kami terus berkembang maju ke hadapan. In shaa Allah dengan berkat usaha kami, Nik Lah Sdn Bhd akan lebih dikenali di Malaysia dan peringkat antarabangsa khususnya pada suatu hari nanti. 


Nik Lah Sdn Bhd juga menerima lawatan dari MTIB Kuala Lumpur dan Kelantan iaitu Pengarah Pembangunan Usahawan Bumiputera MTIB Tuan Haji Kamarulzaman bin Othman. Terima kasih Tuan dan juga pegawai MTIB Kuala Lumpur dan Kota Bharu. 
Perbincangan di antara pihak MTIB dan Nik Lah Sdn Bhd


Lawatan pihak MTIB ke kawasan kilang


#perabotniklah menjadi pemain utama industri perkayuan.




No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...