Tuesday, 25 February 2020

Aktiviti-aktiviti di Perabot Nik Lah

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Petang ni admin nak share kan mengenai aktiviti yang #teamniklah biasa lakukan sepanjang #perabotniklah beroperasi. Tanpa kerjasama dari #teamniklah, syarikat kami takkan sampai ke tahap seperti sekarang berbanding di awal perniagaan dulu. Setinggi-tinggi penghargaan kepada #teamniklah yang selalu support #perabotniklah. 

Dalam sesebuah perniagaan, semestinya pemilik #perabotniklah dan #teamniklah mestilah mempunyai kerjasama yang baik untuk mengekalkan prestasi syarikat. Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh #perabotniklah antaranya adalah kursus pembuatan perabot, kolobrasi dengan agensi-agensi industri perkayuan, memperkemaskan sistem operasi pembuatan perabot yang strategik dan sebagainya.



Penghantaran stok bahan kayu ke Nik Lah Sdn Bhd



Suatu ketika dahulu separuh masa dalam perjalanan perniagaan #perabotniklah. Malam-malam pun kami tak kisah angkut bahan ke kilang #perabotniklah asalkan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan pada masa yang ditetapkan. 

Prinsip "Customer First" semestinya menjadi amalan kami di #perabotniklah agar pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kami. 


Design perabot mengikut permintaan pelanggan 



Design perabot adalah perkara paling penting dalam industri perkayuan. Ukuran dan bentuk perabot mempunyai peranan yang penting dalam memastikan operasi membuat perabot berjalan dengan lancar.


Kerja pemasangan perabot almari 


Perabot Nik Lah adalah syarikat pengusaha bumiputera yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam pembuatan perabot berasaskan kayu. Beginilah suasana di kilang ketika kerja pemasangan perabot dilakukan. Konsep 'drilling' kebiasaannya digunakan di kilang Nik Lah Sdn Bhd untuk menyambung bahagian-bahagian perabot.  




Proses 'sanding' meja 


Selepas kerja pemasangan dilakukan, semestinya perabot berasaskan kayu memerlukan proses 'sanding' bagi menjaga kualiti permukaan perabot. Kayu semestinya mempunyai alur kayu yang permukaan kasar dan serpihan kayu kecil yang terkeluar selepas proses pemotongan. Oleh itu, proses 'sanding' adalah jalan penyelesaian untuk melicinkan permukaan kayu dan memudahkan proses mengecat. 



Kerja-kerja 'finishing' seperti mengelap dan mengecat 


Selepas kerja pemasangan dan 'sanding' selesai, bahagian terakhir untuk menyiapkan perabot adalah  'finishing' seperti mengelap dan mengecat perabot. Proses ini bertujuan untuk menjaga kualiti perabot. 


Haa macam tu la aktiviti di kilang Nik Lah Sdn Bhd untuk menyiapkan perabot permintaan pelanggan mengikut masa yang ditetapkan. Kualiti perabot adalah keutamaan di Nik Lah Sdn Bhd. 

Tapi sejak kebelakangan ni, Nik Lah Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus pembuatan perabot pada tahun 2018 bagi menarik minat penduduk setempat menceburi bidang pembuatan perabot bahkan pada masa yang sama Nik Lah Sdn Bhd dapat menjalin hubungan yang baik dengan penduduk setempat. 

Yuran kursus

Bersama peserta bengkel pembuatan perabot

Kalau korang tengok kat gambar ni, peserta bersama #teamniklah duduk di perabot sofa hasil tangan mereka yang berjaya disiapkan sepanjang tempoh berkursus di Nik Lah Sdn Bhd.

Selepas mengadakan kursus pembuatan perabot, Nik Lah Sdn Bhd terus mengorak langkah ke hadapan dengan melibatkan syarikat dengan pameran perabot kayu kerjasama MTIB. Penglibatan ini secara langsung dapat mempromosikan produk perabot dari kilang Nik Lah Sdn Bhd kepada masyarakat .  


Pameran Perabot dan Gaya Hidup Berasaskan Kayu Kelantan 2018




#teamniklah deal dengan pelanggan di tapak pameran



#teamniklah yang terlibat dengan pameran
Pelbagai promosi telah diberikan oleh Nik Lah Sdn Bhd kepada pelanggan sepanjang di pameran. Jadi, sekiranya Nik Lah Sdn Bhd terlibat dengan pameran lagi, nanti kami akan update dekat Facebook di page KijoKayu. Sebarang promosi, contest atau pengumuman yang penting berkaitan Nik Lah Sdn Bhd akan dimuat naik di instagram kijokayu.perabotniklah dan Facebook page KijoKayu. 


















No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...