Thursday 10 September 2020

Perabot Nik Lah Menyiapkan Gerobok Covid-19 Untuk Kegunaan Frontliner (Portable Booth Inspection )

Assalamualaikum dan selamat petang 😊

Apa khabar..?? semoga kita semua dilindungi dan diberkati olehnya selalu #aamin..

Di kesempatan ini, Saya ada cerita nak dikongsi ni hah. Dalam kita menghadapi musim PKP tempoh hari , Perabot Nik Lah tidak terlepas peluang untuk memberi sumbangan kepada frontliner kita yang bekerja keras dalam menangani masalah virus Covid-19 ni.

 Penat lelah frontliner tiada siapa yang tahu kan ? 

Nak tahu tak apa yang Perabot Nik Lah buat untuk frontliners negara kita?

Perabot Nik Lah dan PAPISMA  telah membuat kata sepakat untuk membina gerobok Covid-19. 

Nak tahu apa tu gerobok Covid-19? 

Gerobok Covid-19 ni adalah gerobok mobiliti yang diguna pakai oleh frontliners untuk membuat ujian saringan covid-19 kepada orang orang di tempat umum.Penciptaan  gerobok ini diadaptasi daripada Korea Selatan yang baru-baru ini meningkat bilangan kes aktif. Dengan adanya gerobak ini jadi orang ramai tidak menumpukan untuk melalukan saringan di hospital sebaliknya akan melalukan di kawasan yang tertutup dan diselia rapi oleh para frontliners. 

                                    

Gambar atas: Gerobok covid-19 di Korea Selatan
Gambar bawah: Gerobok Covid-19 dalam proses untuk disiapkan di kilang Perabot Nik Lah

Selain Perabot Nik Lah dan PAPISMA, JAM Pengkalan Chepa juga turut terlibat dalam menyiapkan gerobok ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 

Terima kasih juga kepada pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tuan Hafiz Karami dan Mohd Ikhwan atas lukisan pelan Gerobok Covid 19. Pelan tersebut telah diguna pakai secara meluas di Sabah, Terengganu dan Johor. Ianya juga dikongsikan kepada pihak perubatan di Turki.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas keizinan memberikan surat pelepasan kepada semua sukarelawan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kilang telah mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan gerobok Covid-19 dengan bantuan-bantuan pihak tertentu. 

                                    





Alhamdulillah sebanyak 17 unit gerobok telah siap dan sebanyak 11 kotak pula akan diserahkan kepada klinik-klinik kesihatan dan hospital di daerah ini, manakala 4 lagi akan diberikan kepada Hospital Kemaman, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Hulu Langat.

Sama-sama kita mendoakan supaya virus Covid-19 ini dapat dihilangkan dengan secepat yang mungkin dan negara kita kembali seperti sediakala.

#Kitajagakita #Covid19 



   Antara salah satu unit gerobok telah disumbangkan ke 
Wisma Persekutuan Kota Bharu 
 


No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...