Wednesday, 18 November 2020

Kayu Solid Nyatoh Pelbagai Guna

 Assalamualaikum semua

Kayu solid nyatoh merupakan kayu keras dari spesies Palaquium spp. dan Payena spp. Kayu ini hidup di kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutama di Indonesia dan Filipina. 

Kayu nyatoh mempunyai teras berwarna merah jambu pekat atau coklat kemerahan. Ianya mempunyai ira kayu lurus yang semakin rapat dan mempunyai sedikit ira yang bersilang menyerupai kayu cherry. Ira berombak juga turut ditemui. Kayu nyatoh mempunyai tekstur medium dan juga dianggap sebagai kayu mesra alam. 

Antara ciri-ciri kayu nyatoh adalah:

  • Mudah dikendalikan
  • Ringan
  • Keras kerana mempunyai kandungan silika yang tinggi
  • Mempunyai getah semula jadi yang terkumpul di bilah gergaji apabila dipotong
  • Mempunyai bau yang masam ketika dipotong

Kayu nyatoh amat popular dalam pembuatan perabot dan pintu solid. Ianya turut menjadi pilihan dalam pembuatan bot, kabinet dapur, wainscoting, veneer, dan kemasan luar yang bermutu tinggi. Selain itu, kegunaan lain termasuk dalam pembuatan tanggam, lantai, dek tangga, tiang, plywood, frame pintu dan tingkap serta bermacam-macam lagi.

Kayu nyatoh digunakan  sebagai wainscoting dalam kemasan interior rumah


 
Meja makan yang menggunakan kayu solid nyatoh


Kayu nyatoh turut digunakan sebagai pintu kabinet dapur 

Walaupun banyak digunakan untuk kemasan luar, ianya tidak mempunyai perlindungan semula jadi yang cukup untuk menghalang pereputan dan serangga. Penggunaan finishing digalakkan untuk melindungi permukaan kayu nyatoh supaya tidak merosot dengan cepat.

Untuk dapatkan khidmat frame pintu dan tingkap atau kabinet dapur yang menggunakan kayu solid nyatoh, boleh hubungi team kami. Jangan risau, kami juga menyediakan khidmat design secara percuma.


Sunday, 8 November 2020

Plywood: Proses, Ciri-ciri dan Finishing

 Assalamualaikum semua 💪

Harini admin nak cerita tentang plywood. Plywood merupakan papan lapis yang dihasilkan daripada lapisan nipis kayu veneer yang dilekatkan bersama lapisan lain dengan ira kayu diputar berlawanan 90 darjah antara satu sama lain. Kebiasaanya plywood mempunyai lapisan dengan nombor ganjil supaya lebih stabil. Ianya juga kayu buatan manusia sama seperti blockboard dan chipboard 

Plywood atau turut dikenali sebagai papan lapis

Proses untuk mendapatkan kayu veneer menggunakan pisau khas

Ira kayu ditampal menyilang bagi 
  • Mengelakkan kayu pecah apabila dipaku di bahagian tepi
  • Mengurangkan pengembangan dan pengecutan
  • Menambah kestabilan
  • Menjadikan kekuatan panel konsisten di semua arah

Plywood mempunyai pelbagai jenis seperti plywood kayu lembut, plywood kayu keras dan plywood komposit. Ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz dan gred bergantung kepada keguanaannyaa. 

Antara ciri-ciri plywood ialah:
  • Ringan dan kuat
  • Tahan lama
  • Mempunyai rintagan haba yang bagus
  • Dapat bertahan dengan pelbagai cuaca
  • Kos yang murah
  • Mudah diselenggara
Oleh itu, plywood juga menjadi pilihan untuk material rekaan dalaman seperti kabinet tv, pembuatan kabinet dapur dan pelbagai jenis perabot.


Contoh perabot dan kabinet dapur yang diperbuat dari plywood

Cat di atas plywood merupakan finishing yang biasa digunakan. Selain membantu memberikan warna untuk kemasan luar, ia juga membantu menahan cuaca yang teruk. Untuk kemasan natural, lapisan kalis air seperti campuran pelarut dari alkohol mineral, cat thinner, wax atau minyak pengeringan digunakan.

Lapisan kalis air di atas plywood

Itu sahaja dari admin, nantikan tajuk seterusnya kayu solid Nyatoh 😄

Blockboard dan Aplikasi di dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan selamat petang semua 😆

Baru-baru ni admin dah cerita tentang chipboard, harini admin nak cerita mengenai blockboard pula. Kedua-duanya kayu buatan manusia ataupun dikenali sebagai man-made.

Blockboard adalah blok-blok kayu yang disusun rapat antara dua lapisan plywood yang disatukan dengan tekanan dan suhu yang tinggi.

Blockboard natural tanpa warna
Blockboard permukaan putih yang boleh didapati di sebelah atau kedua-dua belah permukaan

Blockboard sesuai digunakan untuk perabot yang memerlukan papan kayu yang panjang kerana ianya lebih kaku dan tidak mudah lentur. Rak buku, meja, bangku panjang, katil, pintu dan panel dinding sesuai menggunakan material blockboard.

Ciri-ciri blockboard:
  1. Mempunyai berat yang ringan
  2. Pengalir haba, bunyi dan elektrik yang lemah
  3. Stabil dan mudah dipotong
  4. Jangka hayat panjang
  5. Tahan retak kerana mempunyai kestabilan dimensi yang sangat baik
Contoh perabot yang menggunakan blockboard



Kabinet Dapur Blockboard

Dalam pembuatan kabinet dapur, Formica (brand laminated) dilekatkan di atas papan blockboard menggunakan gam khas. Ianya digunakan untuk kemasan permukaan luar blockboard mengikut tema dan konsep dapur. Pintu kabinet dapur blockboard biasanya bersaiz 18mm. Jika menggunakan blockboard permukaan putih di sebelah, bahagian berwarna putih akan dihadapkan ke dalam manakala bahagian luar akan ditampal formica.

Variasi warna dan tekstur formica yang sesuai dengan pelbagai konsep dapur

Kabinet dapur yang menggunakan blockboard dan formica sebagai kemasan luar

Blockboard yang ringan sesuai dijadikan pintu kabinet manakala formica yang kalis air serta tahan calar menjadi pilihan sesuai untuk pembinaan kabinet dapur. 

Semoga sharing ini memberi pencerahan serba sedikit mengenai asas blockboard dan kegunaannya dalam kabinet dapur. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai material kabinet dapur, sila dapatkan nasihat designer kami secara percuma.

Monday, 2 November 2020

Jom Kenali Chipboards

Assalamualaikum semua 😀

Memandangkan #perabotniklah banyak menggunakan chipboard dalam pembuatan kabinet dapur, maka harini admin nak cerita sikit mengenai chipboard. 

Chipboard adalah kayu man-made yang digunakan untuk mengganti kayu solid. Selain chipboard, kayu man-made juga termasuklah plywood, MDF, blockboard dan lain-lain lagi.

Panel Chipboards
Bagaimana chipboard dibuat?
  1. Ianya diperbuat daripada serpihan kayu dan gam
  2. Campuran itu ditekan membentuk kepingan 
  3. Kepingan tersebut dipotong mengikut saiz dan ketebalan tertentu 
  4. Permukaan dan sisinya biasanya ditampal dengan plastik atau veneer kayu
Serpihan kayu dan gam yang dimampat menjadi padat membentuk chipboards

Proses menampal chipboard dengan kayu veneer atau plastik

Chipboard biasanya digunakan dalam pembuatan perabot, interior rumah dan kabinet dapur bergantung kepada jenis-jenisnya. Ianya mudah dikendalikan, murah, stabil, ringan dan padat. Namun begitu, chipboard tidak sesuai digunakan di kawasan kelembapan tinggi kerana ianya mudah mengembang jika tidak dilindungi dengan cat atau kemasan lain.

Ikea juga banyak menggunakan chipboard yang ditampal dengan veneer kayu atau plastik supaya nampak lebih kemas dalam pembuatan perabot. 

 
Contoh Chipboard yang ditampal dengan veneer kayu dan plastik



Contoh raw chipboard dalam pembuatan perabot

Admin harap perkongsian ini membantu korang mengenali chipboards. Nantikan perkongsian seterusnya Rabu ini

Sunday, 25 October 2020

Material Frame Pintu

 Assalamualaikum dan selamat petang 😀

Ada tak yang tertanya-tanya, kenapa dah ada pintu tapi nak kena buat bingkai pula? 😅 Pintu bukan sahaja untuk berhubung dengan ruang lain tapi juga untuk mengunci dan melindungi rumah anda. 

Bingkai pintu pula selain menambah aestetika rumah anda, ia juga berfungsi untuk menyokong dan memegang pintu di tempatnya.

Antara material untuk frame pintu adalah

  • Vinyl
  • Fiberglass
  • Kayu
  • Aluminium

  1. Sangat tahan lama
  2. Warna yang kekal sepanjang masa
  3. Mampu menutup calar menyebabkan pintu kelihatan bersih
  4. Tidak melengkung dalam keadaan panas dan lembap
  5. Tidak mengecut dalam keadaan sejuk
  6. Bahan vinyl boleh dikitar semula
  7. Bahagian dalam bingkai mempunyai blok termal yang memerangkap panas sehingga tidak mengganggu pendingin hawa pada musim panas 

  1. Penyelenggaraan rendah
  2. Sangat kuat dan tahan lasak
  3. Kurang mengecut dan mengembang kerana diperbuat dari gentian kaca dan resin
  4. Boleh dicat
  5. Tidak meleding atau rosak kerana tahan dengan cuaca
  6. Dapat menyimpan sedikit tenaga panas dan sejuk

  1. Penebat haba yang paling bagus berbanding material lain
  2. Meningkatkan tenaga efisien
  3. Boleh dicat atau memilih rupa kayu yang natural
  4. Dari segi penyelenggaraan, kayu perlu diperhatikan untuk elak mereput

  1. Material frame pintu yang sangat baik.
  2. Tahan lama
  3. Cukup ringan untuk digunakan sebagai sliding door
  4. Tenaga yang efisien kerana dapat menghentikan pengaliran thermal sebelum mempengaruhi ruang di dalam rumah
  5. Mempunyai banyak style
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai frame pintu mana yang terbaik untuk projek rumah anda, hubungi team kami hari ini 


Wednesday, 21 October 2020

6 Layout Dapur Moden Popular Zaman Kini

 Assalamualaikum semua 😊

Harini admin nak share idea untuk layout dapur terkini. Layout dapur ini penting bukan saja untuk keselesaan memasak tetapi juga untuk keselesaan keluarga menikmati makanan di dapur. 3 benda penting yang perlu dititikberatkan ialah peti, sink dan dapur memasak atau lebih tepat penyimpanan, penyediaan dan memasak.

6 Layout Dapur Terkini

1. Dapur berbentuk U

Sesuai untuk ruang bersaiz medium. Dapur berbentuk U mempunyai ruang di tengah yang sesuai untuk 2 orang memasak atau keluarga berkumpul. Sink ditempatkan berdekatan dapur memasak atau berlawanan dengan dapur memasak.



2. Dapur berbentuk L

Dapur ini terdiri daripada dua kabinet bersudut tepat bersebelahan di sepanjang dinding. Kebiasaanya peti akan berada di hujung L. Dapur ini memudahkan si tukang masak berinteraksi dengan tetamu. 



3. Dapur berbentuk G / Peninsula

Bentuknya lebih kurang dapur U tetapi mempunyai sedikit penambahan di bahagian hujung yang bersambung dengan kabinet lain. Dapur ini digalakkan membuka dinding dengan cara membuat meja bar untuk sarapan supaya kelihatan lebih luas.



4. Dapur Galley

Dapur Galley sesuai untuk menjimatkan ruang. Mempunyai dua kabinet di dinding yang berhadapan satu sama lain dengan ruang koridor yang panjang. Disarankan menggunakan laci jenis tarik untuk menyimpan peralatan memasak.




5. Dapur Satu Dinding

Dapur ini sesuai untuk ruang yang kecil. Kedudukan sink berada di antara peti ais dan dapur memasak dapat meningkatkan lagi produktiviti memasak. Maksimumkan ruang dengan menambahkan laci atau kabinet atas.




6. Dapur Island

Dapur Island semakin mendapat sambutan terutamanya bagi yang mempunyai ruang yang luas. Lebar jalan antara kabinet dan meja island adalah penting. Meja Island yang didatangi dalam pelbagai bentuk dan saiz dapat menambahkan ruang untuk penyediaan, penyimpanan dan meja makan.




Dah dapat idea layout dapur idaman anda atau masih blurr? Kami sarankan anda dapatkan khidmat nasihat designer dari team kami untuk membuat dapur yang paling sesuai untuk anda 😉
 

Sunday, 18 October 2020

Tanda-tanda Perlunya Kabinet Dapur yang Baru

Assalamualaikum dan hai semua 😄

Macam mana nak tahu bila kabinet dapur perlu diganti?

Apabila kabinet dapur tidak berada dalam kondisi yang baik?

Apabila kita tidak suka dengan layout dapur kita?

Apabila pintu kabinet mempunyai masalah yang serius sehingga tidak boleh diganti lagi?

Apabila kita tidak suka dengan design sedia ada? 

Terdapat beberapa faktor untuk menentukan bila perlunya mengganti kabinet dapur. Secara asasnya kabinet dapur dapat bertahan 20-50 tahun bergantung kepada material dan penjagaan. Apabila usianya semakin tua, amatlah digalakkan untuk mengganti kabinet dapur berbanding membaiki kerosakan tersebut. 

Contoh kabinet dapur rekaan Perabot Nik Lah

5 tanda-tanda anda perlu mengganti kabinet dapur 

1. Kemasukan air

Kemasukan air menyebabkan kabinet membengkak, tidak tertutup rapat, perubahan warna dan mempunyai bintik-bintik gelap terutamanya untuk material kayu. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencari punca kebocoran air dan menyelesaikan masalah tersebut supaya kabinet baru tidak mengalami masalah yang sama. Sangat penting untuk bahagian sinki menggunakan material kalis air untuk elakkan kelembapan, masalah kulat dan sarang serangga perosak.

Pintu kabinet yang membengkak

2. Fungsi kabinet secara keseluruhannya mengecewakan

Walaupun kabinet dah lawa tapi tidak berfungsi dengan baik seperti sukar diakses dan perlu mengeluarkan barang untuk mencapai barang lain yang tersangkut di belakang, itulah tandanya untuk mengganti kabinet baru. Selain itu, pintu kabinet tersekat, mengeluarkan bunyi yang pelik dan berlanggar sesama sendiri menandakan kabinet itu tidak berfungsi dengan baik. 

Pintu kabinet tidak dapat ditutup rapat

3. Kabinet "lembut"

Cuba tolak di sisi kabinet, adakah merasa lembut? Jika ya, inilah tanda kerosakan teruk yang akan runtuh sepenuhnya. Sisi kabinet adalah sangat penting di mana anda akan rugi jika membuat perubahan astetik tetapi sisi kabinet rosak.

Sisi kabinet yang lembut

4. Kabinet berkulat

Kulat yang tidak dibersihkan dari awal agak sukar untuk dikawal. Ia bukan sahaja menjejaskan kabinet dapur tetapi juga mengganggu kesihatan keluarga. Kulat tumbuh di kawasan lembap. Kenal pasti sumber air agar masalah tersebut tidak berulang.

Kulat yang tidak dibersihkan di permukaan kabinet dari awal

5. Kotak kabinet dalam keadaan buruk

Sekiranya kotak kabinet terlalu usang untuk menggerudi semula lubang baru atau memasang engsel baru, struktur kotak kabinet tidak akan cukup kuat untuk menampung pintu kabinet baru. Sebelum melabur wang yang lebih banyak, anda pelu memastikan kayu itu dapat menyokong lubang dan engsel baru. 

Pintu kabinet yang memerlukan engsel baru

Pastikan anda membuat pilihan tepat sama ada untuk mengganti kabinet baru atau membaiki kabinet sedia ada untuk menjimatkan kos. Kenal pasti masalah sebelum mengganti kabinet dapur supaya masalah yang sama dapat dielakkan. Jagalah kabinet dapur anda supaya anda sentiasa tampak yakin di depan pengunjung 😎

Wednesday, 14 October 2020

Solid Wood: Produk Kayu Getah

 Assalamualaikum dan hai semua 😊

Seperti yang korang tahu Perabot Nik Lah menggunakan kayu getah untuk membuat perabot sekolah. Jadi harini admin nak cerita serba sedikit mengenai kayu getah. 

Adakah korang kenal pokok getah? 

Pokok getah tempatan

Haa meh sini nak cerita sikit

Kayu getah atau nama saintifiknya Hevea Brasiliensis merupakan kayu keras tropika yang mempunyai kepadatan sederhana dan berwarna. Pada tahun 2002, Malaysian Ministry of Primary Industries memasarkannya dengan nama "Malaysian Oak".

China merupakan pusat pengeluar terbesar perabot berasaskan kayu getah dimana kayu tersebut berasal dari Malaysia, Thailand dan Asia Tenggara. 

Selain Perabot Nik Lah, korang mesti pernah dengar syarikat Courts kan? Syarikat Courts juga menjadikan kayu getah tempatan sebagai material utama untuk perabot mereka.

Courts Malaysia

Penggunaan kayu getah dalam perabot semakin berleluasa pada abad 20-21. Ianya juga amat popular dengan sifatnya yang mesra alam. Ini kerana pokok getah yg sudah berusia akan dikitar semula untuk dijadikan perabot berbanding sebelumnya, pokok ini dibakar setelah usianya meningkat.

Proses penebangan, mengambil dan memindahkan kayu getah ke syarikat berkenaan memerlukan lesen kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri sekiranya tanah milik atau tanah kerajaan melebihi keluasan 20 hektar.

Proses penebangan kayu getah

Lepas dah tebang apa lagi? Tunggu stok bahan mentah sampai di kilang dan bolehla mula production perabot sekolah 💪



Stok bahan mentah tiba di kilang

Semoga dengan adanya bahan mentah yang cukup boleh melancarkan lagi production perabot mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

#perabotniklah menjadi pemain utama dalam industri perkayuan di Malaysia


JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...