Wednesday, 22 December 2021

PROMOSI KABINET DAPUR

  



πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐀𝐞 πŸπŸ• ππ„π‘π€ππŽπ“ 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐇 πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯


Sempeno nok masuk tahun baru, pakat nok jangok belako dapur rumoh. Jange risa KijoKayu menyediokan pelbagai harga kabinet dapur mampu milik mengikut pakej

Didatangkan pulok dengan aksesori percumo!!

𝐴𝑁𝑇𝐴𝑅𝐴 𝐻𝐴𝐷𝐼𝑂𝐻 πΆπ΄π΅π‘ˆπ‘‡π΄π‘ π΅πΈπ‘…π‘‡π‘ˆπ‘‚π» π‘ˆπ‘π‘‡π‘ˆπΎ 𝑃𝐸𝐿𝐴𝑁𝐺𝐺𝐴𝑁 πΎπΌπ½π‘‚πΎπ΄π‘Œπ‘ˆ!!
𝐽𝐴𝑁𝐺𝐸 𝑇𝐸𝑅𝐿𝐸𝑃𝐴𝑆 π‘ƒπΈπΏπ‘ˆπΈ 𝐻𝐸𝐡𝐴𝑇 𝑁𝐼𝐻!

Whatsapp direct dengan team KijoKayu sekarang & tekan link di bawah:

"Perabot Nik Lah menjadi pemain utama dalam industri perkayuan di Malaysia



Thursday, 27 May 2021

Jenis pokok kayu balak di Malaysia

Assalamualaikum dan hi. Apa khabar semua? πŸ˜€πŸ˜€ Semoga semuanya baik-baik saja.

Lately,isu-isu tentang pembalakan semakin hangat diperkatakan kerana hutan-hutan simpan (reserved forest) sudah diterokai oleh para pembalak yang tidak berlesen. Mengikut akta yang diperuntukan oleh kerajaan Malaysia jika kita mencerobohi hutan simpan dengan melakukan aktiviti haram seperti di dalam gambar berikut:

 


Balak didefinisikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong yakni membalak pokok kayu untuk menghasilkan kayu balak. Kayu balak merupakan kayu yang diperolehi daripada pokok-pokok besar yang tumbuh di kawasan hutan. Kayu cengal, meranti, keruing, balsa, ramin, belian dan mahogani, kapur,merupakan antara contoh-contoh kayu balak yang popular di seluruh dunia.

Balak adalah satu istilah kolektif untuk kayu yang dituai bagi penghasilan kayu dan papan. Proses ini adalah sebahagian daripada proses yang dinamakan pengeluaran kayu. Kayu ini kebanyakannya digunakan untuk tujuan struktur tetapi turut mempunyai banyak kegunaan lain juga. Kayu diklasifikasikan sebagai kayu keras atau kayu lembut.

Kayu dibekalkan sebagai kayu bergergaji kasar kerana satu, dua tiga atau keempat permukaannya hasil dari pemotongan gergaji. Selain kayu serbuk kayu kasar merupakan bahan mentah untuk pembuatan perabot dan barang-barang lain yang memerlukan pemotongan dan pembentukan tambahan. Ia boleh didapati dari pelbagai spesis, biasanya kayu keras, tetapi ia juga didapati dalam bentuk kayu lembut seperti pain putih dan pain merah kerana kos rendah mereka. (sumber: Wikipedia)

 



Di Malaysia mempunyai lebih 20 jenis pokok yang dijadikan sebagai sumber kayu balak. Terdapat tiga (3) kategori pengelasan kayu iaitu:

1) Kayu Keras Berat (Heavy Hard Wood):

  • Balau
  • Balau Merah
  • Bitis
  • Cengal
  • Giam
  • Kekatong
  • Keranji
  • Membatu
  • Merbau
  • Penaga
  • Resak
  • Tembusu
  • Tempinis

 2) Kayu Keras Sederhana (Medium Hard Wood):

  • Jati
  • Kapur
  • Kasai
  • Keladan
  • Kelat
  • Keledang
  • Kempas
  • Keruing
  • Kulim
  • Mata Ulat
  • Merpauh
  • Punah
  • Rengas
  • Simpoh

3) Kayu Keras Ringan (Light Hard Wood):

  • Acacia Mangium
  • Bekak
  • Bintangor
  • Geronggang
  • Gerutu
  • Hujan-hujan
  • Jelutong
  • Kedondong
  • Kembang Semangkuk
  • Kungkur
  • Medang
  • Mahogany
  • Melantai
  • Melunak
  • Mempisang
  • Meranti Bakau
  • Meranti Kuning
  • Meranti Merah
  • Merah Merah Tua
  • Merawan
  • Mersawa
  • Nyatoh
  • Penarahan
  • Pulai
  • Ramin/Melawis
  • Sepetir
  • Sesenduk
  • Surian
  • Terap
  • Terentang

Sekian itu sahaja dari min harini πŸ˜„Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tempahan kabinet atau perabot sekolah dan pejabat, boleh hubungi ke nombor yang tertera: 09-7742859

Atau email: niklahsb@gmail.com

Pautan ke link Instagram KijoKayu & Facebook KijoKayu





Sunday, 11 April 2021

Proses pembuatan perabot sekolah: meja sekolah rendah.

Di dalam Perabot Nik Lah, kesemua proses pembuatan meja dan kerusi sekolah diproses oleh pekerja-pekerja kami. Proses ini memerlukan langkah-langkah yang perlu dilakukan secara teliti. Setiap unit meja sekolah perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

 

 

 

Fillet adalah permukaan melengkung yang tetap yang menggabungkan dua permukaan. Permukaan ini membentuk sudut dalam atau sudut luar. Fillet tepi adalah permukaan yang bertukar kepada permukaan yang licin antara dua muka yang yang menghadap bersebelahan.

Chamfer atau transitional edge antara dua muka objek. Kadang-kadang didefinisikan sebagai bentuk serong, ia sering dibuat pada sudut 45 ° antara dua muka bersudut kanan bersebelahan.






Mesin tenon menggunakan kepala pemotong atau pisau gergaji untuk membentuk unjuran (tenon) pada kepingan stok. Setiap tenon dapat dimasukkan ke dalam rongga (mortise) pada kepingan kayu yang lain untuk membentuk sambungan mortise dan tenon. Mesin ini merupakan suatu proses yang digunapakai di dalam industri perkayuan dan perabot.


Alur yang ditebuk menggunakan mesin tenon

Alat Grooving (pelarik alur)
Grooving adalah suatu proses untuk membentuk alur pada kayu untuk dijadikan perabot atau kerusi meja sekolah. Bergantung pada proses apa yang dapat dilakukan oleh pemotong alur tertentu, mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuk:
1. membentuk
2. fillet
3. garisan alur lurus

Hubungi kami di talian Whatsapp: wasap.my/60199098571

Facebook KijoKayu 

Instagram KijoKayu

Thursday, 1 April 2021

Pemasangan Kabinet Dapur di Rumah Puan Yati, Kota Bharu.

 Assalamualaikum semua πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹ 

Apa khabar? Harap korang semua baik-baik saje ye. Kita masih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi negeri Kelantan. Jaga S.O.P dan sentiasa membasuh tangan dan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan berkumpul di tempat yang sesak.

Apapun, harini nak bagitahu tentang update kerja-kerja pemasangan kabinet dapur di rumah pelanggan kami iaitu rumah Puan Yati πŸ˜€

Puan Yati request insipirasi design dapur dari tema 'Modern English' dengan keluasan 130 persegi. Dapur ini hasil dari renovation rumah Puan Yati dengan menggantikan kabinet dapur yang baru dan sedap mata memandang. 

Produk kabinet dapur ini adalah dari material kayu solid nyatoh. Jenis kayu ini adalah kayu keras ringan. Material ini juga memang sesuai untuk dijadikan perabot dan kabinet. Ketahanannya memang bagus dan senang untuk dijaga. 

 
 Perincian aksesori yang berwarna keemasan dipadankan dengan cat 'off-white' meyerikan lagi dapur Puan Yati.

Dapur ini berbentuk 'U' dan mempunyai dua pintu di dapur iaitu pintu menghubungkan ruang makan  dan pintu dapur.

  
Rak stainless steel yang diletakkan bersama kabinet dapur menjadikan dapur anda kelihatan lebih teratur dan tersusun elok πŸ˜€πŸ˜€
 

 
Wow sangat selepas kabinet dapur dipasang. Tuan rumah sendiri pun amat berpuas hati dengan tema kabinet yang dipilih oleh beliau sendiri.

Korang yang mana nak menempah kabinet dapur, selain itu kami juga ada buat perabot-perabot solidwood seperti kerusi dan meja makan, pintu rumah serta frame pintu. 

Boleh hubungi kami di Facebook Page KijoKayu dan di Instagram KijoKayu
 
Link whatsapp:  www.wasap.my/60199098571
 

Sunday, 28 March 2021

Jenis pokok kayu yang sesuai untuk dijadikan perabot.

 Assalamualaikum semuaaa πŸ˜€πŸ˜€

Kita telah mengetahui bahawa perabot kayu merupakan isi penting atau elemen yang perlu ada didalam sesebuah rumah atau premis.
Ia dapat mewujudkan setiap bucu ruang dengan memberikan seri serta konsep elegan mengikut citarasa masing-masing.
Warna asli yang terdapat pada perabot kayu menjadikan ia cantik semulajadi serta menaikkan lagi kemewahan yang ada pada setiap jenis pokok kayu untuk dijadikan perabot yang sesuai.  
Tahukah anda, negara Malaysia merupakan antara penyumbang eksport terbesar didalam industri perkayuan dan perabot.

Sumber hutan yang mewah di Malaysia menjadikan nilai-nilai pada setiap kayu mahal kerana keunikan yang ada pada setiap jenis pokok yang terdapat di hutan.

Selain daripada pokok hutan di Malaysia, industri pembuatan perabot juga menggunakan kayu import dari negera luar seperti Amerika Syarikat, Australia serta India.

Antara jenis-jenis pokok kayu yang digunapakai untuk diproses menjadi perabot adalah:

Pokok Jati merupakan sejenis pokok yang menghasilkan kayu bermutu tinggi. Nama ilmiah jati adalah Tectona grandis. Pohon Jati merupakan pokok yang besar, berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 m. Ia berdaun besar, yang luruh di musim kemarau.Jati dikenali oleh dunia dengan nama inggeris, teak. Ia tumbuh di hutan di negara asia tenggara seperti Malaysia.

Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok Cengal, dan dikategorikan sebagai kayu balak, keras, padat, tahan lama, mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu Cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan khatulistiwa. Kayu Cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia. Untuk pengetahuan, pokok kayu Cengal yang terbesar di dunia terletak di Taman Negara Malaysia. Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah antara pengeluar kayu Cengal utama dunia sebab ia tumbuh di hutan yang mempunyai kawasan pengairan yang baik. 


Pokok Nyatoh merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan. Kayu nyatoh sejenis kayu yang keras tapi ringan. Ia dijumpai di kawasan gunung yang bertanah rendah seperti hutan paya bakau.
Kayu nyatoh dapat bertahan lama tetapi ia amat mudah pecah dan retak.

Pokok Merbau adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Kayu pokok Merbau terkenal dengan sifat keras, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kayu merbau mampu menangani kelembapan dan tidak lapuk sehingga boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan.

Pokok Kembang Semangkok merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scaphium longiflorum. Pokok ini keras tetapi ia juga ringan. Boleh dijumpai disekitar hutan tanah rendah dan kawasan berpaya. Ira kayu kembang semangkok ni lurus dan berpanca rapat, memang sesuai untuk digunakan buat papan lapis, perabot dan panel. Ia juga agak tahan lama tetapi untuk menjadikannya perabot perlu kepakaran kerana teksturnya yang kasar dan tak rata.

Sekian sahaja tentang pokok-pokok yang terkenal di Malaysia dalam pembuatan perabot. Hee πŸ˜‰πŸ˜‰

Jangan lupa untuk follow Instagram KijoKayu  dan like Facebook Page KijoKayu

Wednesday, 24 March 2021

Tips Ketika Memilih Kabinet Dapur

 Hai. Assalamualaikum korangg 😁😁😁

Korang mesti tak pernah untuk mengambil tahu macam mana cara memilih kabinet dapur. Betul kan?

Min pun tak dapat nak go through detail satu-satu tapi secara roughly, min boleh terangkan.

Pemilihan kabinet dapur terutama sekali berdasarkan bentuk dapur yang disusun mengikut citarasa tuan rumah masing-masing. Keduanya, jenis material yang akan dipilih sebelum menempah kabinet dapur tersebut. Banyak lagi faktor yang akan mempengaruhi seseorang itu ketika memilih dapur kabinet yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Sebelum decide untuk memilih kabinet dapur yang sesuai, kita mestilah mengkaji terlebih dahulu apakah yang perlu dilakukan ketika memilih material tersebut. Mengambil kira kelebihan dan keburukan setiap bahan yang dibuat. Sesetengah pelanggan, mereka lebih suka untuk memilih design yang tahan lasak dan lama kerana semestinya dapur itu kerap digunakan untuk memasak dan sebagainya. Manakala, sesetengah lagi lebih suka memilih design yang "lembut dan clean" sebagai dapur mereka kerana dapur

Selain itu, aspek pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting. Untuk dapur yang sempit, pemilihan warna yang cerah dan lembut lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan ruangan dapur yang sempit itu kelihatan luas. Untuk dapur yang lebih luas ruangannya, pemilihan warna gelap dan cerah juga sesuai. Tapi apapun, semua ini berdasarkan 'taste' tersendiri dari setiap diri masing-masing lah kan? πŸ˜‰πŸ˜‰ Mana mana sekalipun, korang boleh sahaja rujuk pakar dalam industri perabot atau boleh juga hubungi team Perabot Nik Lah

 Antara hasil design kabinet dapur oleh team production KijoKayu

Jom kita cuci mata πŸ‘€πŸ‘€








Menarik sungguh tengok design-design kabinet dapur ni 😍😍😍 tiber min pun berangan nak pilih design kabinet dapur sekaranggg hehe berangan tak salah guysss. Rambang mata gittewww

Setiap design mengikut jenis material boleh bertahan selama bertahun-tahun jugak tauu. Penjagaan kabinet dapur pun tak serumit kerja memasang kabinet dapur jugakkkk haha so, korang tak perlu risau, sebarang pertanyaan korang terus direct call/whatsapp team KijoKayu.  

Setakat ni sahajaa dari min pada hari ini πŸ˜€πŸ˜€ Jangan lupa untuk menghubungi kami!


Tuesday, 23 March 2021

Apa itu "marketing mix"?

Harini, min nak cerita sedikit pengetahuan yang berkaitan dengan dunia marketing. Sekarang, ilmu marketing sudah banyak diperluaskan didalam perniagaan disebabkan pertambahan kemajuan didalam bidang jualan.
Peniaga-peniaga pun sanggup menghabiskan duit dan masa mereka untuk menjana income perniagaan mereka dengan mengikuti kelas-kelas marketing.
Peranan 'social media' mampu menampung permintaan peniaga-peniaga yang melibatkan "digital marketing". Seperti contoh, iklan di Facebook, Instagram atau Shopee.

Agak-agak, min pun boleh jadi cikgu marketing tak? heheee
Okay, seterusnya min nak perkenalkan apa itu "marketing mix".

 
MARKETING MIX

Di dalam dunia marketing, ia melibatkan beberapa aktiviti. Sebagai permulaan, sesebuah organisasi boleh memutuskan kumpulan sasaran (target market) pelanggannya untuk diberi. Setelah kumpulan sasaran diputuskan, fungsi produk adalah untuk diletakkan di pasaran dan semestinya dengan memberikan produk, harga, tempat pengedaran dan produk yang sesuai untuk diusahakan promosi. Ia digabungkan atau dicampur dalam bahagian yang sesuai untuk mencapai matlamat didalam marketing sendiri.
Definisi "marketing mix" iaitu mengenai meletakkan produk yang tepat atau gabungannya di tempat yang sesuai, pada waktu yang tepat, dan dengan harga yang tepat.
Menurut Philip Kotler "marketing mix" adalah suatu pemboleh ubah yang dapat dikawal oleh firma atau organisasi boleh digunakan untuk mempengaruhi tindak balas pembeli.

Pemboleh ubah yang terkawal di dalam "marketing mix" terdapat dalam 4 kategori:
1. Produk
2. Tempat
3. Harga
4. Promosi

Ia juga dikenali sebagai '4P' (Product, Place, Price & Promotion).

Setiap firma atau organisasi berusaha untuk membangun struktur 4’P's, yang dapat menciptakan tahap kepuasan pengguna yang tertinggi dan pada masa yang sama memenuhi objektif organisasi.

Sekarang korang mesti dah jelas serba sedikit tentang marketing kan? Benda ni boleh diteliti dengan keadaan sekeliling kita atau persekitaran yang kita nampak contohnya ketika hendak membeli sesuatu barang..kita beli sebab nak cuba produk tu untuk memenuhi keperluan/kemahuan kita atau iklan produk tersebut menarik perhatian kita. haa macam tu la.

Min nak briefing pulak tentang kategori dalam "marketing mix".
Pertama sekali adalah produk. Produk merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi & firma. Sepasang baju, ubat gigi, semuanya adalah produk. Semua ini dibeli kerana mereka memenuhi satu atau lebih keperluan kita. Kita tidak membayar untuk produk itu tapi untuk faedah yang kita dapat dari produk tersebut. Jadi, dengan kata mudah, setiap produk mempunyai tarikannya tersendiri yang menawarkan harga oleh penjual kepada pembeli.

Seterusnya, harga. Harga adalah jumlah yang dikenakan untuk produk atau perkhidmatan. Ia adalah yang elemen kedua terpenting dalam "marketing mix". Mengubah harga produk adalah kerja yang sukar. Banyak faktor seperti permintaan untuk produk, kos yang terlibat, kemampuan pengguna untuk membayar, harga yang dikenakan oleh pesaing untuk produk serupa, sekatan kerajaan dan lain-lain lagi.

Tempat
. Barang dihasilkan untuk dijual kepada pengguna. Ia mesti tersedia tempat untuk pengguna  di mana mereka boleh membuat pembelian dengan mudah. Contohnya, pelanggan hendak menempah kabinet dapur atau perabot untuk kegunaan pejabat di Perabot Nik Lah. Oleh itu, semestinya produk tersebut sudah mempunyai tempat atau kilang yang menghasilkan produk tersebut. Ini melibatkan rangkaian individu dan institusi seperti pengedar, pemborong dan peruncit yang merupakan rangkaian pengedaran firma (juga disebut saluran pengedaran).

Sekiranya produk dihasilkan dengan mempertimbangkan keperluan pengguna dan menyediakan harga yang betul di tempat atau kedai-kedai yang sesuai untuk mereka tetapi pengguna tidak dibuat mengetahui tentang harga, ciri, ketersediaannya dan lain-lain, usaha memasarkan produk atau servis sesebuah organisasi mungkin tidak akan berjaya.
Oleh itu, promosi merupakan ramuan penting dalam "marketing mix" kerana merujuk kepada proses memberitahu, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membuat pilihan produk yang akan menjadi dibeli. Promosi dilakukan melalui penjualan peribadi, iklan, publisiti dan promosi jualan (sales).

Faham dah kan sedikit ilmu yang berkaitan dengan "marketing mix". Itu sahaja dari min untuk harini.

Korang jangan lupa untuk like Facebook Page KijoKayu serta follow instagram KijoKayu 

😎😎


Thursday, 18 March 2021

HUTAN DI MALAYSIA (JENIS-JENIS HUTAN)

 Hai, assalamualaikum semua πŸ˜€πŸ˜€ 

Tahukah anda, hasil pembuatan di dalam industri perkayuan dan perabot adalah dari sumber utamanya iaitu pokok di hutan. Tapi bukan semua jenis pokok kita dapat menghasilkan perabot kayu ini. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan sumber yang paling penting untuk hidupan seperti manusia, haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Ia juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Hutan juga adalah khazanah negara yang tidak dapat digantikan dengan kebendaan seperti wang ringgit. 

Korang pun tahu bahawa hutan-hutan dan pokok-pokok dapat menyalurkan oksigen yang segar kepada kita πŸ˜πŸ’¨

Hutan di Malaysia merupakan Hutan Khatulistiwa. Kawasan hutan di Semenanjung Malaysia terdiri dari hutan hujan tropika. Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan yang nyata itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, kanopi (silara utama), tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. 

 


 Antara jenis hutan-hutan yang terdapat di Malaysia  adalah:

1. Hutan Gunung

Ketinggian kawasan adalah dari 1700m sehingga 1200 m. Pokok-pokok yang terdapat pada jenis hutan ini bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dari famili Ericacea mendominasi lantai hutan ini seperti Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. Selain itu, tumbuhan seperti buluh, paku pakis dan lumut juga boleh ditemui di sini.  Spesies utama yang boleh ditemui di hutan ini adalah Lithocarpus spp. Mempening , Berangan dan Medang. Spesies dipterokarpa jarang ditemui dan hanya sebilangan sahaja spesies dipterokarpa yang boleh ditemui seperti Keruing gunong dan Resak. 

Selain itu, Meranti bukit, Damar minyak, Bintangor, Keruing, Balau gunong, Balau gajah dan Meranti sarang punai antara spesies pokok yang wujud pada jenis hutan ini.
Hutan dipterokarpa bukit merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300 hingga 750 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh dijumpai adalah Meranti seraya, Keruing dan spesies Meranti yang lain. 

Antara kategori produk yang dihasilkan oleh Perabot Nik Lah boleh rujuk di post yang terdahulu, Solid Wood: Produk Kayu Getah

 2. Hutan Pantai

Ia tumbuh di kawasan pinggiran pantai rendah, berpasir, bersaliran dengan baik. Hutan ini terdedah kepada tiupan angin dari laut. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun.
tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut. Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun.

 3. Hutan Paya Bakau Air Masin

Hutan ini tumbuh subuh di kawasan pinggir laut.Ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku-pakis,gelam, ramin, jongkong,dan nibung.Hutan ini adalah malar hijau.Terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan hutan paya air masin di Pantai Cahaya Bulan. Antaranya ialah pokok nipah. Pokok nipah boleh dijadikan kraftangan. Daun-daun nipah yang bersaiz besar digunakan untuk membuat atap rumah serta untuk menganyam bakul dan tikar.   

4. Hutan Paya Bakau Air Tawar

Terdapat di kawasan rendah (pedalaman) dan bersaliran buruk (bertakung air) seperti di tasik dan kawasan tanah gambut. Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok rumbia, gelam, nipah, kempas, ramin, keladi air, dan mengkuang. Antara pokok-pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok bintangor, mersawa paya, meranti paya, sepetir paya, jongkong, alan bunga, semayur dan kapur paya.

Okay ini hanyalah sedikit sebanyak yang min boleh ceritakan tentang hutan yang ada di negara Malaysia. Jangan lupa follow Instagram KijoKayu

Nak order perabot boleh terus whatsapp ke nombor yang tertera πŸ”½

 πŸ“²www.wasap.my/60199098571/cabinetry


 

Wednesday, 17 March 2021

ANTARA JENIS-JENIS MESIN CANGGIH YANG DIGUNAPAKAI DI PERABOT NIK LAH

Assalamualaikum, apa khabar semuaa?πŸ˜€ Semoga kalian semua sihat-sihat saja ya. Harini min nak bercerita sedikit sebanyak tentang jenis dan fungsi mesin perkayuan di Perabot Nik Lah. 
 
Part ni min paling suka sebab setiap mesin ni ada keunikannya tersendiri. Speciality yang dibina khusus untuk setiap bahagian pembuatan perabot di dalam industri perkayuan sekarang. Wahh, eksaited ya nak bercerita πŸ˜†πŸ˜†

Okay, jom start..
 

PANEL SAWS ALTENDORF WA8

Mesin yang sangat berguna dan penting untuk setiap kontraktor kerja kayu. Dilengkapi dengan motor penyesuaian jatuh atau kecondongan unit menggergaji. Tolok yang dikalibrasi dengan tepat menjadikan pemotongan yang disesuaikan saiznya mudah dan cepat. Panel kawalan mudah digunakan dan kedua-dua pagar rip dan pagar rentas mudah dipasang.

PANEL DIVIDING SAW NPC330

Pertukaran mata gergaji utama dengan pantas, reka bentuk yang sesuai untuk pengendali. Rasuk tekanan disesuaikan secara automatik mengikut ketinggian keseluruhan panel, untuk memendekkan jarak perjalanan, oleh itu kecekapannya lebih tinggi. Gergaji gergaji secara automatik dipindahkan agar sesuai berdasarkan lebar panel, mengurangkan jarak perjalanan. Perisian yang hebat dan mudah digunakan, termasuk menguruskan proses kerja dengan laporan terperinci, mensimulasikan corak pemotongan, menunjukkan sebarang mesej ralat, mencetak kod bar dan banyak lagi kelebihan, juga HMI yang mudah digunakan, menjadikan keseluruhan mesin dapat dipercayai.

Menarik kannn. Mesin secanggih ini boleh buat kerja dengan pantas dan kemas tau. Rasa terpegun dengan kepintaran manusia untuk design mesin sebegini. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Gitu~

Dua mesin antara mesin-mesin canggih di kilang Perabot Nik Lah, nanti next post min akan update mesin yang lain pula ye.  Jangan risau, apa-apa hal, kita roger pulakk πŸ˜†πŸ˜Š



JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...