Sunday, 1 March 2020

Material kabinet dapur


Assalamualaikum semua...

Pernah dengar kabinet dapur??? Mesti la tahu kan lagi-lagi yang memiliki rumah sendiri. Penggunaan kabinet dapur semestinya mempengaruhi suasana di dapur. Mesti la korang nak yang kualiti bagus dan cantik kan.. 

Jom baca mengenai material untuk kabinet kayu yang digunakan oleh Nik Lah Sdn Bhd. 

Terdapat beberapa material yang digunakan oleh Nik Lah Sdn Bhd yang antaranya adalah melamine, laminated (maica), 3G glass, 4G glass, 4G Arcylic dan kayu Nyatuh. 


1) Melamine 


Melamine

                  
Melamine
Melamine adalah salutan nipis yang ditempatkan di atas barang-barang kepingan seperti MDF atau papan separa (plywood). Melamine biasanya digunakan untuk membuat kabinet dapur. 

Terdapat juga produk melamine yang mempunyai tekstur yang sama dengan kayu bagi meniru rupa kayu dan ini adalah penyelesaian untuk kos kabinet dapur yang lebih baik kerana ia adalah produk siap dengan kestabilan dimensi dan kemampuan mencuci. Namun begitu, bahan ini tidak sesuai jika kabinet dapur terlalu terdedah kepada air kerana medium density fibreboard (MDF) tidak tahan air.




2) Laminated (maica)



Laminated (maica)
Laminated (maica) adalah salah satu material yang digunakan untuk membuat kabinet dapur hasil kerja Nik Lah Sdn Bhd. Laminated (maica) mempunyai sifat anti kulat yang terhasil dari mampatan bahan mentah yang mempunyai kepadatan dan tekanan yang tinggi. Oleh itu, tiada air atau udara dalam pembentukan panel. 
✅ Chipboard yang dilekatkan dengan lapisan 'Maica Laminate' sebelum dibalut dengan 'Aluminium Handle'

✅ Pelbagai variasi warna

✅ Kalis lembap, panas dan kotoran kerana coating luar yang tahan lasak serta mudah dibersihkan.

✅ Harga berpatutan dan tahan lama.

Sesuai sangat la material ni untuk kegunaan kabinet dapur yang berdekatan dengan punca air contohnya kabinet dapur dekat dengan sink dan paip air. Material ni semestinya tidak akan mudah rosak kalau terkena air berbanding dengan material lain. 



3) Glass
Glass

Material glass ni adalah yang paling ramai orang order sbb glass kelihatan lebih exclusive di dapur berbanding material lain. Permukaannya yang lebih berkilat dan 'eye catchy' membuatkan material ini mendapat permintaan ramai. Namun, terdapat 2 jenis material glass yang digunakan di Nik Lah Sdn Bhd iaitu 3G dan 4G. Apa itu 3G dan 4G??? okay nati admin terangkan di blog seterusnya di link https://perabotniklah.blogspot.com/2020/03/perbezaan-4g-dan-3g-glass.html.

Berikut adalah ciri-ciri glass sebagai material kabinet dapur:

✅Di belakang glass terdapat backing board untuk support glass yang tebal dan kuat.

✅ Dilengkapi dengan frame aluminium dan juga handle.

✅ Terdapat pelbagai warna dan tidak mudah calar.

✅ Eksklusif dan mewah

✅ Boleh buat cermin muka

✅ Lebih tahan lama berbanding material lain.

✅ Mudah dibersihkan dan kotoran tidak melekaat ( contoh: minyak, kunyit, pes, masakan cili)

✅ Pintu/permukaan kaca tak kembang apabila terdedah dengan air

✅ Tidak mudah bercalar


4) Arcylic 
Arcylic

Arcylic

Arcylic adalah bahan plastik yang telus (transparent) dengan kekuatan yang luar biasa. Material mudah dibuat dan sesuai digunakan dengan pelekat dan pelarut. Ia tahan dengan cuaca dan lebih berkualiti berbanding plastik yang telus yang lain. Arcylic boleh dibasuh/dilap dan kering dengan cepat.

✅ Mempunyai ketahanan yang bagus berbanding kaca

✅ Kelihatan seperti kaca 

✅ Terdapat dalam pelbagai warna

✅ Tahan terhadap peluntur, asid, alkali cair, cuaca dan mikrob.

✅ Boleh tahan calar





5) Kayu Nyatuh

Pelanggan menempah kabinet dapur material kayu nyatuh

Kayu Nyatuh adalah material yang 100% kayu (solid wood) juga digunakan sebagai material kabinet dapur. Kenapa Nik Lah Sdn Bhd memilih Nyatuh?? Haa kayu Nyatuh ni antara jenis kayu yang tahan lama dan cantik sbbtu kami menjadikan kayu ini sebagai material kabinet dapur. Kualiti adalah keutamaan kami ✅

Ciri-ciri Kayu Nyatuh:

✅ Kayu keras ringan yang mempunyai ketahanan yang lama

✅ paling elok dibuat perabot seperti kabinet, panel, pengadang dan sebagainya.

✅ Mempunyai warna kayu semulajadi yang cantik tapi boleh ubah warna kayu dengan cat.

✅ Mudah dibentuk mengikut corak yang diinginkan.

✅ Mudah dibaiki.


Okay selamat memilih untuk kabinet dapur anda ye😊 Anda juga boleh tempah dengan kami di www.wasap.my/60199098571/kabinetdapur

































































No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...