Wednesday, 11 March 2020

Tips penjagaan Laminated (maica) / formica di Perabot Nik Lah

Assalamualaikum dan hai semua 😁

Laminated (maica) ataupun dikenali sebagai formica adalah salah satu material kabinet di Perabot Nik Lah

Material ini sememangnya dihasilkan untuk kegunaan dalam jangka masa yang panjang dengan kualiti yang bagus dan dapat digunakan dengan baik. Tapi walaupun kualiti formica ni bagus, penjagaan yang betul perlu dipraktikkan. 

Ye la kalau kualiti tinggi pun material tu tapi tetap tak jaga dengan baik, lama-lama terjejas jgk sedikit sebanyak. Formica ni lagi dijaga, lagi tahan lasak ✅✅✅

Antara tips penjagaan formica:

1) Aspek kebersihan

Boleh guna detergen atau sabun dan kain untuk mengelap material formica ✅

Elakkan guna bahan kimia yang kuat seperti klorok, detergen organik dan span yang mempunyai permukaan yang kasar ❌ yang boleh melunturkan warna dan calarkan permukaan formica.

Tapi kalau kotoran yang terletak pada formica tu jenis gris atau berminyak boleh guna campuran 50-50 sabun dengan alkohol dan lap pakai kain yang tidak kasar permukaannya ✅

Dengan cara ini, formica akan bebas dari kotoran tanpa menjejaskan warna asal dan design formica.


Contoh agen pencuci


2) Perlindungan daripada tercalar atau pecah 

Formica sememangnya tahan calar atau pecah dalam keadaan biasa.

Tapi bila nak memotong papan formica, alatan untuk memotong papan formica perlu yang sesuai  yang mana potongannya lagi kemas untuk mengelakkan kerosakan kepada permukaan formica ✅

Mesin sesuai untuk pemotongan formica

Elakkan cincang atau ketuk menggunakan penukul di atas permukaan formica ❌


3) Perlindungan daripada haba dan cahaya

Formica adalah material yang dikhaskan untuk tujuan hiasan dalaman dan sepatutnya tidak didedahkan kepada cahaya matahari dan suhu melebihi 130 C.

Pelapik kuali panas

Jadi, apabila nak meletakkan objek panas seperti kuali panas, periuk panas dan sebagainya perlu lah dilapik dengan benda yang tahan panas untuk melindungi formica dari benda panas.


4) Perlindungan daripada bahan kimia

Formica tidak sesuai untuk tujuan makmal yang menggunakan bahan kimia seperti alkali dan asid yang kuat.

Elakkan guna agen pencuci yang mengandungi asid, alkali ataupun sodium hypochlorite yang tinggi ❌


Tanda amaran bahan kimia yang berbahaya

Monday, 9 March 2020

Tips penjagaan kabinet dapur

Assalamualaikum dan hai semua 😁

Harini admin nak bagi tips sikit mengenai penjagaan kabinet dapur. Korang yang ada kabinet mestilah nak kabinet dapur tahan lama kan...

Ye la kalau material yang digunakan untuk kabinet dapur tu mempunyai ketahanan yang bagus sekalipun mesti akan mudah rosak kalau tidak dijaga dengan baik.



Langkah pertama
Cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV semestinya memberi kesan kepada warna kabinet. Warna kabinet akan kelihatan lebih pudar dan lama-kelamaan akan hilang warna. 

Tak cantik la kan kalau warna tu dah tak macam dulu sbb warna tu mempunyai peranan penting dalam menyerlahkan kekemasan kabinet dapur. JANGAN LUPA PASANG LANGSIR DI DAPUR YE 😉


Langkah kedua 

Air yang berlebihan dibiarkan di atas kabinet boleh menyebabkan material kabinet kayu mudah rosak. Sekiranya ada air tertumpah di atas kabinet, korang boleh lah lap cepat-cepat pakai kain ye. 

Kalau punca air seperti sinki air dekat dengan kabinet dapur, korang boleh pilih material kabinet dapur yang lebih tahan air okay.


Langkah ketiga

Kesan minyak semestinya ada di dapur apabila memasak, jadi, penggunaan hud perangkap minyak adalah satu kewajipan bila ada kabinet dapur. 

Hud perangkap minyak dapat mengurangkan kesan minyak tumisan hasil daripada memasak. Kabinet yang terkena percikan minyak haruslah dilap untuk mengurangkan kesan pada tekstur kayu kabinet dapur.

Sunday, 8 March 2020

Perabot di sekolah

Assalamualaikum dan hai semua 😁

Harini admin nak ceritakan sikit mengenai perabot di sekolah yang merupakan salah satu produk hasil kerja  #perabotniklah 

Sebagai ahli Kontrak Penal Berpusat, #perabotniklah banyak mengeluarkan perabot sekolah seperti meja dan kerusi untuk murid, meja guru dan lain-lain.

Untuk kalini, admin nk fokuskan kepada kerusi dan meja murid di sekolah. Kalau sape-sape yang belajar di sekolah terutamanya di Kelantan memang dah biasa menggunakan meja dan kerusi yang dikeluarkan oleh Perabot Nik Lah.

Meja murid mempunyai kaki meja berwarna coklat dengan atas meja berwarna kream/koko cerah yang diperbuat dari kayu getah. Kayu getah adalah salah satu jenis kayu ringan yang tahan lasak dan berkualiti sebabtu lah kami dari Perabot Nik Lah menggunakan kayu getah sebagai material utama dalam pembuatan meja dan kerusi murid di sekolah. 

Jom tengok gambar meja dan kerusi murid yang dikeluarkan oleh  Perabot Nik Lah 😍😍😍



Meja murid

Kerusi murid


Kerusi dan meja murid keluaran Perabot Nik Lah semestinya mempunyai pengiktirafan dari MTIB. Gambar di bawah menunjukkan pegawai membuat penilaian bagi memastikan kerusi untuk kegunaan di sekolah mempunyai kualiti yang mantap. 

Pemantauan dari pihak MTIB 


Perabot Nik Lah mempunyai pengalaman membuat perabot sekolah seperti meja dan kerusi murid selama 26 tahun. Sejak tahun 1994, Perabot Nik Lah telah menjadi antara pembekal utama perabot berasaskan kayu khususnya di Kelantan setelah dilantik sebagai ahli ahli Kontrak Penal Berpusat.

Peranan utama ahli Kontrak Penal Berpusat adalah pembekal perabot berasaskan kayu dalam jumlah yang banyak yang kebiasaannya ditempah oleh sekolah, hospital, agensi swasta mahupun kerajaan dan lain-lain. Sebarang tempahan boleh direct ws www.wasap.my/60199098571/kontrakpenalberpusat


Gambar di bawah kita boleh tengok #teamniklah bekerjasama menyiapkan kerusi dan meja murid untuk kegunaan di sekolah. Semestinya pembuatan perabot dengan rapi dan kemas adalah menjadi keutamaan kami👍👍👍

Pemasangan kaki kerusi murid


Pemasangan tempat duduk kerusi murid


Pemasangan bahagian utama kerusi  murid 


Meratakan permukaan kayu dengan menggunakan kertas pasir


Untuk pengetahuan, di Perabot Nik Lah kami sentiasa memastikan stok kerusi dan meja sekolah dalam keadaan cukup dan sentiasa bersedia menerima tempahan dari mana-mana pelanggan. 






Wednesday, 4 March 2020

Kabinet TV




Assalamualaikum dan hai semua 😉

Di Nik Lah Sdn Bhd, kami juga menerima tempahan kabinet tv. #teamniklah juga sedia memberikan khidmat consultation kepada pelanggan mengenai kabinet tv 👍👍👍

Mesti nak tengok tv korang terletak elok je atas kabinet tv kan...

Kalau ada kabinet tv ni, nak tengok tv pun senang hati 🤩 sbb kemas jer tv atas kabinet tv tu tambahan pula keselamatan tv juga terjaga👍

Kabinet tv ni sesuai untuk orang yang ada anak-anak kecil sbb kebiasaannya keadaan tv yang tidak terletak dalam keadaan baik boleh membahayakan kanak-kanak serta TV skali. Jadi apa lagi, jom order kabinet tv dengan Nik Lah Sdn Bhd

Kedatangan anda ke kilang #perabotniklah amat dialu-alukan sbb lagi puas hati boleh tengok sendiri material/design yang #perabotniklah sediakan. Untuk location boleh terus ke link ni 

Kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami dari #perabotniklah ✅✅✅✅✅✅✅✅

Gambar di bawah ni, korang boleh tengok design-design yang pernah Nik Lah Sdn Bhd buat untuk tempahan pelanggan. 














































Mesti korang tertanye tanye kan mana design yang lain lagi???

Haa jangan risau sebab walaupun yang ni je design yang korang tngok kat sini, korang boleh google cari design yang diinginkan dan inform kami atau korang boleh minta kami dari Nik Lah Sdn Bhd reka design baru untuk anda 😉 

Untuk tempahan boleh terus ws  www.wasap.my/60199098571/kabinettv

Tuesday, 3 March 2020

Material Table top Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan hai semua...😄

Bila ada kabinet dapur, sudah tentu nak matching dengan table top kan. Untuk pengetahuan, material table top dengan kabinet dapur adalah berbeza. 

Kalau table top ni, korang boleh tengok kat gambar di bawah ni seperti yang ditunjukkan oleh anak panah tu. Haa..cantik kan?? 😍 Table top penting bagi menyerlahkan lagi kabinet dapur sebabtu la Nik Lah Sdn Bhd memastikan material yang berkualiti sahaja untuk table top.


Kabinet dapur dengan table top jenis granite

Di Nik Lah Sdn Bhd kami ada 4 jenis material table top iaitu Granite, Phenolic, Solid Wood dan High Pressure Laminated (HPL). 


1) Granite 

Pelbagai jenis warna granite


Granite adalah satu material yang paling popular untuk dapur dan bilik mandi. Granite adalah batu yang terbakar yang terdiri daripada kuarza, amfibol dan campuran mineral yang lain. 

Kenapa granite ad banyak warna?? Variasi mereka yang banyak dan berlaku perubahan menyebabkan granite mempunyai banyak warna dan tekstur. 

Kebaikan Granite 

✅ Unik dan nampak mewah.

✅ Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak.

✅ Tahan haba, rintangan dan bahan kimia.


Kelemahan Granite 

❌ Permukaan yang sejuk.

❌ Terdedah kepada kerosakan dari pemotongan berulang dari masa ke semasa.


2) Phenolic 


Phenolic merupakan salah satu material yang digunakan untup top table. Material kebiasaannya digunakan untuk meja makmal tapi dijadikan top table untuk kabinet dapur pun boleh haa... Phenolic top table dihasilkan menggunakan haba dan tekanan lebih 1000 psi.

Kebaikan Phenolic

✅ Paling tahan lasak

✅ Kos efektif

✅ Tahan karat

✅ Tahan haba tinggi, kelembapan dan lusuh


Kelemahan Phenolic 

❌ Penggunaan air untuk pembersihan tujuan pembersihan tidak digalakkan disebabkan boleh         mengurangkan ketahanan phenolic. 


3) Solid wood 

Kabinet dengan table top solid wood


Seperti gambar di atas kita boleh tngok table top kabinet dapur adalah material solid wood. Cantik dan nampak eklusif kan?? Solid wood ni 100% kayu ye, takde campuran bahan ke ape dan ia memang totally kayu yang berkualiti. Sesuai la kalau nak kabinet dapur bersama table top yang ala-ala klasik tapi nampak unik dan cantik.

Kebaikan solid wood

✅ Tahan lasak

✅ Cantik dan kemas

✅ Senang dibentuk


Kelemahan solid wood 

❌ Senang dijangkiti kulat sekiranya tidak dilap

❌ Kos tinggi


4) High-Pressure Laminated (HPL) 


High pressure laminated (HPL) 
HPL adalah produk laminasi yang digunakan sebagai bahan permukaan perabot atau panel dinding. HPL diperbuat daripada lapisan selulosa yang diresapi resin yang disatukan di bawah haba dan tekanan yang tinggi.

Kabinet dapur dengan table top HPL 

Kebaikan HPL 

✅ Anti gores

✅ Mempunyai banyak corak

✅ Mudah dipasang dan senang dibersihkan


Kelemahan HPL

❌ Tidak dapat digunakan untuk bidang lengkung kecil

❌ Pemotongan HPL tidak rapi

❌ Kurang flexible kerana sangat keras


Harap apa yang dikongsikan oleh kami dari Nik Lah Sdn Bhd dapat membantu anda dalam membuat pemilihan table top kabinet dapur 😉


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan kabinet dapur boleh terus wasap 0199098571 atau terus call 09-7742859



Monday, 2 March 2020

Perabot Nik Lah ke Mata Dunia

Assalamualaikum dan hai semua..😉

Setelah 38 tahun Nik Lah Sdn Bhd dalam perindustrian perabot berasaskan kayu, syarikat ini telah mula memasuki media iaitu Majalah Sosial.

Syarikat yang kini diurus sepenuhnya oleh tiga orang anak Tuan Haji Nik Abdullah bin Raja Ahmad, iaitu pemilik syarikat yang terletak di kawasan Pantai Sabak, 20 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan. 

Pihak majalah Sosial telah menemuramah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perabot Nik Lah, Nik Asmawie bagi mengetahui mengenai perkembangan Nik Lah Sdn Bhd sejak penubuhannya pada 16 Disember 1994. Beliau dilantik menjadi pengurus pengeluaran pada tahun 1995 selepas menjalani kursus Middle Manager in Wood Technology anjuran MARA-FITEC. 

Majalah Sosial

Nik Lah Sdn Bhd di laman majalah Sosial



Sebagai syarikat perabot berasaskan kayu, Perabot Nik Lah pernah dilantik menjadi anak payung di bawah program Guthrie Furniture Integrated Marketing oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Pihak Nik Lah Sdn Bhd bersama pihak Guthrie Furniture (M) Sdn Bhd

Syarikat mula melebarkan sayap kepada pasaran terbuka dan terlibat dalam Kontrak Pembuatan Berpusat di bawah Kementerian dan Kewangan. Jadi, satu persatu bantuan dan bimbingan disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Furniture Industry Technology Center (FITEC) dan lain-lain bagi membolehkan syarikat bumiputera berlangsung dengan baik. 

Kini, Nik Lah Sdn Bhd melebarkan sayap untuk mengeluarkan produk seperti kabinet dapur, rekaan dalaman yang berasaskan kayu seperti kabinet tv dan macam-macam lagi. 


CEO Nik Lah Sdn Bhd bersama penerbit majalah sosial
Nik Asmawie selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA) dan Pengerusi Persatuan Industri Perabot Kelantan (KAF) bermotivasi untuk mengangkat industri perkayuan terutama dalam kalangan bumiputera biarpun perkara tersebut bukanlah mudah kerana sering terhalang dek pelbagai masalah sama ada di peringkat negara dan tidak terkecuali antarabangsa. 

Bagaimanapun, halangan dan rintangan tidak mematahkan impian yang dibina untuk terus mencari peluang bagi mencapai apa yang diinginkan. Tidak ada benda yang mustahil terjadi sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Nik Lah Sdn Bhd yang asalnya adalah bangsal yang menjual kayu boleh berkembang maju seperti sekarang cuba membuktikan tiada apa yang mustahil dengan adanya usaha. Namun, kami masih berusaha untuk berkembang maju di peringkat negara dan juga antarabangsa khususnya. 

Nik Lah Sdn Bhd peneraju utama industri perkayuan di Malaysia ✅✅✅✅✅✅✅✅

Sebarang urusan perniagaan, tuan dan puan boleh wasap 0199098571 atau terus call di nombor
09-7742859 😊




Perbezaan 4G dan 3G Glass


Assalamualaikum dan hai semua...😃

Semalam admin ada terangkan mengenai material kabinet dapur yang sesuai dan antaranya adalah glass. Material glass semestinya menjadi pilihan pelanggan kami untuk memastikan kabinet dapur mereka kelihatan cantik dan elegant giteww 😍

Di Nik Lah Sdn Bhd, kami ada sediakan dua jenis material glass iaitu:

4G Glass

3G Glass 

Sebenarnya 3G dan 4G adalah design glass di kabinet dapur.

Okay jom kenali 3G Glass.


3G glass dari sudut depan

3G glass dari sudut tepi

3G glass adalah kaca yang dispray kemudian disokong dengan aluminium (board) dibelakangnya. Ini menjadikan pintu lebih tahan lasak dan berat. Ia lebih berkilat dari arcylic kerana diperbuat dari kaca.
Kabinet dapur ( 3G glass


Seperti yang di gambar, kita boleh tengok yang 3G glass ad frame aluminium yang melindungi dan menyokong material glass. Material glass yg jenis 3G ni okay je sebenarnya sbb ia tetap terlihat berkilat serta cantik di kabinet dapur tapi tak terlawan la kekemasan 4G glass. Kekuatan 3G glass juga lebih tahan berbanding 4G glass disebabkan ada frame aluminium di sekelilingnya. 


Next, 4G glass

4G Glass dari sudut depan




4G Glass dari sudut tepi 


4G glass dibuat daripada glass dan aluminium sahaja. Tiada langsung material kayu yang digunakan untuk pembuatan pintu 4G. Jadi, tidak perlu risau tentang anai-anai dan banjir. Selain itu, disebabkan pintu ini dibuat dari kaca, ia tidak senang calar dan dari segi maintenance juga senang.

Kabinet dapur (4G glass)


4G glass memang sinonim dengan kecantikan dari sudut pandangan. Design yang kemas yang diselaputi kaca membuatkan 4G glass kelihatan lebih elegant dan cantik di kabinet dapur. 4G glass tiada frame aluminium yang membuatkan kaca tersebut lebih menyerlah.

Namun, ketahanannya lebih lemah berbanding 3G glass disebabkan risiko nak pecah tu ada. Ye la kan sbb bahagian tepi pun diselaputi kaca. Tapi, tuan rumah tidak perlu risau tentang masalah pecah akibat daripada hentaman anak-anak di rumah kerana material kaca yang digunakan bukan jenis kaca yang biasa.


Kesimpulannya 4G glass kelihatan sangat cantik tapi ketahannya kurang berbanding 3G glass yang kelihatan cantik di tahap biasa tapi ketahannya bagus.

Okay admin highlightkan lagi kebaikan material glass iaitu: 

✅ Eksklusif dan mewah

✅ Boleh buat cermin muka

✅ Lebih tahan lama berbanding material lain.

✅ Mudah dibersihkan dan kotoran tidak melekaat ( contoh: minyak, kunyit, pes, masakan cili)

✅ Pintu/permukaan kaca tak kembang apabila terdedah dengan air

✅ Tidak mudah bercalar

Haa korang boleh pilih nak mana...kalau korang keliru nak pilih yang mana, jgn risau sbb kami ad sediakan sesi consultation kabinet dapur kepada pelanggan. 

Berminatt??? 😍 boleh wasap kami www.wasap.my/60199098571/kabinetdapur




Sunday, 1 March 2020

Material kabinet dapur


Assalamualaikum semua...

Pernah dengar kabinet dapur??? Mesti la tahu kan lagi-lagi yang memiliki rumah sendiri. Penggunaan kabinet dapur semestinya mempengaruhi suasana di dapur. Mesti la korang nak yang kualiti bagus dan cantik kan.. 

Jom baca mengenai material untuk kabinet kayu yang digunakan oleh Nik Lah Sdn Bhd. 

Terdapat beberapa material yang digunakan oleh Nik Lah Sdn Bhd yang antaranya adalah melamine, laminated (maica), 3G glass, 4G glass, 4G Arcylic dan kayu Nyatuh. 


1) Melamine 


Melamine

                  
Melamine
Melamine adalah salutan nipis yang ditempatkan di atas barang-barang kepingan seperti MDF atau papan separa (plywood). Melamine biasanya digunakan untuk membuat kabinet dapur. 

Terdapat juga produk melamine yang mempunyai tekstur yang sama dengan kayu bagi meniru rupa kayu dan ini adalah penyelesaian untuk kos kabinet dapur yang lebih baik kerana ia adalah produk siap dengan kestabilan dimensi dan kemampuan mencuci. Namun begitu, bahan ini tidak sesuai jika kabinet dapur terlalu terdedah kepada air kerana medium density fibreboard (MDF) tidak tahan air.




2) Laminated (maica)



Laminated (maica)
Laminated (maica) adalah salah satu material yang digunakan untuk membuat kabinet dapur hasil kerja Nik Lah Sdn Bhd. Laminated (maica) mempunyai sifat anti kulat yang terhasil dari mampatan bahan mentah yang mempunyai kepadatan dan tekanan yang tinggi. Oleh itu, tiada air atau udara dalam pembentukan panel. 
✅ Chipboard yang dilekatkan dengan lapisan 'Maica Laminate' sebelum dibalut dengan 'Aluminium Handle'

✅ Pelbagai variasi warna

✅ Kalis lembap, panas dan kotoran kerana coating luar yang tahan lasak serta mudah dibersihkan.

✅ Harga berpatutan dan tahan lama.

Sesuai sangat la material ni untuk kegunaan kabinet dapur yang berdekatan dengan punca air contohnya kabinet dapur dekat dengan sink dan paip air. Material ni semestinya tidak akan mudah rosak kalau terkena air berbanding dengan material lain. 



3) Glass
Glass

Material glass ni adalah yang paling ramai orang order sbb glass kelihatan lebih exclusive di dapur berbanding material lain. Permukaannya yang lebih berkilat dan 'eye catchy' membuatkan material ini mendapat permintaan ramai. Namun, terdapat 2 jenis material glass yang digunakan di Nik Lah Sdn Bhd iaitu 3G dan 4G. Apa itu 3G dan 4G??? okay nati admin terangkan di blog seterusnya di link https://perabotniklah.blogspot.com/2020/03/perbezaan-4g-dan-3g-glass.html.

Berikut adalah ciri-ciri glass sebagai material kabinet dapur:

✅Di belakang glass terdapat backing board untuk support glass yang tebal dan kuat.

✅ Dilengkapi dengan frame aluminium dan juga handle.

✅ Terdapat pelbagai warna dan tidak mudah calar.

✅ Eksklusif dan mewah

✅ Boleh buat cermin muka

✅ Lebih tahan lama berbanding material lain.

✅ Mudah dibersihkan dan kotoran tidak melekaat ( contoh: minyak, kunyit, pes, masakan cili)

✅ Pintu/permukaan kaca tak kembang apabila terdedah dengan air

✅ Tidak mudah bercalar


4) Arcylic 
Arcylic

Arcylic

Arcylic adalah bahan plastik yang telus (transparent) dengan kekuatan yang luar biasa. Material mudah dibuat dan sesuai digunakan dengan pelekat dan pelarut. Ia tahan dengan cuaca dan lebih berkualiti berbanding plastik yang telus yang lain. Arcylic boleh dibasuh/dilap dan kering dengan cepat.

✅ Mempunyai ketahanan yang bagus berbanding kaca

✅ Kelihatan seperti kaca 

✅ Terdapat dalam pelbagai warna

✅ Tahan terhadap peluntur, asid, alkali cair, cuaca dan mikrob.

✅ Boleh tahan calar





5) Kayu Nyatuh

Pelanggan menempah kabinet dapur material kayu nyatuh

Kayu Nyatuh adalah material yang 100% kayu (solid wood) juga digunakan sebagai material kabinet dapur. Kenapa Nik Lah Sdn Bhd memilih Nyatuh?? Haa kayu Nyatuh ni antara jenis kayu yang tahan lama dan cantik sbbtu kami menjadikan kayu ini sebagai material kabinet dapur. Kualiti adalah keutamaan kami ✅

Ciri-ciri Kayu Nyatuh:

✅ Kayu keras ringan yang mempunyai ketahanan yang lama

✅ paling elok dibuat perabot seperti kabinet, panel, pengadang dan sebagainya.

✅ Mempunyai warna kayu semulajadi yang cantik tapi boleh ubah warna kayu dengan cat.

✅ Mudah dibentuk mengikut corak yang diinginkan.

✅ Mudah dibaiki.


Okay selamat memilih untuk kabinet dapur anda ye😊 Anda juga boleh tempah dengan kami di www.wasap.my/60199098571/kabinetdapur

































































JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...