Monday, 9 March 2020

Tips penjagaan kabinet dapur

Assalamualaikum dan hai semua 😁

Harini admin nak bagi tips sikit mengenai penjagaan kabinet dapur. Korang yang ada kabinet mestilah nak kabinet dapur tahan lama kan...

Ye la kalau material yang digunakan untuk kabinet dapur tu mempunyai ketahanan yang bagus sekalipun mesti akan mudah rosak kalau tidak dijaga dengan baik.



Langkah pertama
Cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV semestinya memberi kesan kepada warna kabinet. Warna kabinet akan kelihatan lebih pudar dan lama-kelamaan akan hilang warna. 

Tak cantik la kan kalau warna tu dah tak macam dulu sbb warna tu mempunyai peranan penting dalam menyerlahkan kekemasan kabinet dapur. JANGAN LUPA PASANG LANGSIR DI DAPUR YE 😉


Langkah kedua 

Air yang berlebihan dibiarkan di atas kabinet boleh menyebabkan material kabinet kayu mudah rosak. Sekiranya ada air tertumpah di atas kabinet, korang boleh lah lap cepat-cepat pakai kain ye. 

Kalau punca air seperti sinki air dekat dengan kabinet dapur, korang boleh pilih material kabinet dapur yang lebih tahan air okay.


Langkah ketiga

Kesan minyak semestinya ada di dapur apabila memasak, jadi, penggunaan hud perangkap minyak adalah satu kewajipan bila ada kabinet dapur. 

Hud perangkap minyak dapat mengurangkan kesan minyak tumisan hasil daripada memasak. Kabinet yang terkena percikan minyak haruslah dilap untuk mengurangkan kesan pada tekstur kayu kabinet dapur.

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...