Bila ada kabinet dapur, sudah tentu nak matching dengan table top kan. Untuk pengetahuan, material table top dengan kabinet dapur adalah berbeza.
Kalau table top ni, korang boleh tengok kat gambar di bawah ni seperti yang ditunjukkan oleh anak panah tu. Haa..cantik kan?? 😍 Table top penting bagi menyerlahkan lagi kabinet dapur sebabtu la Nik Lah Sdn Bhd memastikan material yang berkualiti sahaja untuk table top.
Kabinet dapur dengan table top jenis granite |
Di Nik Lah Sdn Bhd kami ada 4 jenis material table top iaitu Granite, Phenolic, Solid Wood dan High Pressure Laminated (HPL).
1) Granite
Pelbagai jenis warna granite |
Granite adalah satu material yang paling popular untuk dapur dan bilik mandi. Granite adalah batu yang terbakar yang terdiri daripada kuarza, amfibol dan campuran mineral yang lain.
Kenapa granite ad banyak warna?? Variasi mereka yang banyak dan berlaku perubahan menyebabkan granite mempunyai banyak warna dan tekstur.
Kebaikan Granite
✅ Unik dan nampak mewah.
✅ Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak.
✅ Tahan haba, rintangan dan bahan kimia.
Kelemahan Granite
❌ Permukaan yang sejuk.
❌ Terdedah kepada kerosakan dari pemotongan berulang dari masa ke semasa.
2) Phenolic
Phenolic merupakan salah satu material yang digunakan untup top table. Material kebiasaannya digunakan untuk meja makmal tapi dijadikan top table untuk kabinet dapur pun boleh haa... Phenolic top table dihasilkan menggunakan haba dan tekanan lebih 1000 psi.
Kebaikan Phenolic
✅ Paling tahan lasak
✅ Kos efektif
✅ Tahan karat
✅ Tahan haba tinggi, kelembapan dan lusuh
Kelemahan Phenolic
❌ Penggunaan air untuk pembersihan tujuan pembersihan tidak digalakkan disebabkan boleh mengurangkan ketahanan phenolic.
3) Solid wood
Kabinet dengan table top solid wood |
Seperti gambar di atas kita boleh tngok table top kabinet dapur adalah material solid wood. Cantik dan nampak eklusif kan?? Solid wood ni 100% kayu ye, takde campuran bahan ke ape dan ia memang totally kayu yang berkualiti. Sesuai la kalau nak kabinet dapur bersama table top yang ala-ala klasik tapi nampak unik dan cantik.
Kebaikan solid wood
✅ Tahan lasak
✅ Cantik dan kemas
✅ Senang dibentuk
Kelemahan solid wood
❌ Senang dijangkiti kulat sekiranya tidak dilap
❌ Kos tinggi
4) High-Pressure Laminated (HPL)
High pressure laminated (HPL) |
HPL adalah produk laminasi yang digunakan sebagai bahan permukaan perabot atau panel dinding. HPL diperbuat daripada lapisan selulosa yang diresapi resin yang disatukan di bawah haba dan tekanan yang tinggi.
Kabinet dapur dengan table top HPL |
Kebaikan HPL
✅ Mempunyai banyak corak
✅ Mudah dipasang dan senang dibersihkan
Kelemahan HPL
❌ Tidak dapat digunakan untuk bidang lengkung kecil
❌ Pemotongan HPL tidak rapi
❌ Kurang flexible kerana sangat keras
Harap apa yang dikongsikan oleh kami dari Nik Lah Sdn Bhd dapat membantu anda dalam membuat pemilihan table top kabinet dapur 😉
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan kabinet dapur boleh terus wasap 0199098571 atau terus call 09-7742859
No comments:
Post a Comment