Monday 2 March 2020

Perabot Nik Lah ke Mata Dunia

Assalamualaikum dan hai semua..😉

Setelah 38 tahun Nik Lah Sdn Bhd dalam perindustrian perabot berasaskan kayu, syarikat ini telah mula memasuki media iaitu Majalah Sosial.

Syarikat yang kini diurus sepenuhnya oleh tiga orang anak Tuan Haji Nik Abdullah bin Raja Ahmad, iaitu pemilik syarikat yang terletak di kawasan Pantai Sabak, 20 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan. 

Pihak majalah Sosial telah menemuramah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perabot Nik Lah, Nik Asmawie bagi mengetahui mengenai perkembangan Nik Lah Sdn Bhd sejak penubuhannya pada 16 Disember 1994. Beliau dilantik menjadi pengurus pengeluaran pada tahun 1995 selepas menjalani kursus Middle Manager in Wood Technology anjuran MARA-FITEC. 

Majalah Sosial

Nik Lah Sdn Bhd di laman majalah Sosial



Sebagai syarikat perabot berasaskan kayu, Perabot Nik Lah pernah dilantik menjadi anak payung di bawah program Guthrie Furniture Integrated Marketing oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Pihak Nik Lah Sdn Bhd bersama pihak Guthrie Furniture (M) Sdn Bhd

Syarikat mula melebarkan sayap kepada pasaran terbuka dan terlibat dalam Kontrak Pembuatan Berpusat di bawah Kementerian dan Kewangan. Jadi, satu persatu bantuan dan bimbingan disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Furniture Industry Technology Center (FITEC) dan lain-lain bagi membolehkan syarikat bumiputera berlangsung dengan baik. 

Kini, Nik Lah Sdn Bhd melebarkan sayap untuk mengeluarkan produk seperti kabinet dapur, rekaan dalaman yang berasaskan kayu seperti kabinet tv dan macam-macam lagi. 


CEO Nik Lah Sdn Bhd bersama penerbit majalah sosial
Nik Asmawie selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA) dan Pengerusi Persatuan Industri Perabot Kelantan (KAF) bermotivasi untuk mengangkat industri perkayuan terutama dalam kalangan bumiputera biarpun perkara tersebut bukanlah mudah kerana sering terhalang dek pelbagai masalah sama ada di peringkat negara dan tidak terkecuali antarabangsa. 

Bagaimanapun, halangan dan rintangan tidak mematahkan impian yang dibina untuk terus mencari peluang bagi mencapai apa yang diinginkan. Tidak ada benda yang mustahil terjadi sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Nik Lah Sdn Bhd yang asalnya adalah bangsal yang menjual kayu boleh berkembang maju seperti sekarang cuba membuktikan tiada apa yang mustahil dengan adanya usaha. Namun, kami masih berusaha untuk berkembang maju di peringkat negara dan juga antarabangsa khususnya. 

Nik Lah Sdn Bhd peneraju utama industri perkayuan di Malaysia ✅✅✅✅✅✅✅✅

Sebarang urusan perniagaan, tuan dan puan boleh wasap 0199098571 atau terus call di nombor
09-7742859 😊




No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...