Sunday, 8 March 2020

Perabot di sekolah

Assalamualaikum dan hai semua 😁

Harini admin nak ceritakan sikit mengenai perabot di sekolah yang merupakan salah satu produk hasil kerja  #perabotniklah 

Sebagai ahli Kontrak Penal Berpusat, #perabotniklah banyak mengeluarkan perabot sekolah seperti meja dan kerusi untuk murid, meja guru dan lain-lain.

Untuk kalini, admin nk fokuskan kepada kerusi dan meja murid di sekolah. Kalau sape-sape yang belajar di sekolah terutamanya di Kelantan memang dah biasa menggunakan meja dan kerusi yang dikeluarkan oleh Perabot Nik Lah.

Meja murid mempunyai kaki meja berwarna coklat dengan atas meja berwarna kream/koko cerah yang diperbuat dari kayu getah. Kayu getah adalah salah satu jenis kayu ringan yang tahan lasak dan berkualiti sebabtu lah kami dari Perabot Nik Lah menggunakan kayu getah sebagai material utama dalam pembuatan meja dan kerusi murid di sekolah. 

Jom tengok gambar meja dan kerusi murid yang dikeluarkan oleh  Perabot Nik Lah 😍😍😍



Meja murid

Kerusi murid


Kerusi dan meja murid keluaran Perabot Nik Lah semestinya mempunyai pengiktirafan dari MTIB. Gambar di bawah menunjukkan pegawai membuat penilaian bagi memastikan kerusi untuk kegunaan di sekolah mempunyai kualiti yang mantap. 

Pemantauan dari pihak MTIB 


Perabot Nik Lah mempunyai pengalaman membuat perabot sekolah seperti meja dan kerusi murid selama 26 tahun. Sejak tahun 1994, Perabot Nik Lah telah menjadi antara pembekal utama perabot berasaskan kayu khususnya di Kelantan setelah dilantik sebagai ahli ahli Kontrak Penal Berpusat.

Peranan utama ahli Kontrak Penal Berpusat adalah pembekal perabot berasaskan kayu dalam jumlah yang banyak yang kebiasaannya ditempah oleh sekolah, hospital, agensi swasta mahupun kerajaan dan lain-lain. Sebarang tempahan boleh direct ws www.wasap.my/60199098571/kontrakpenalberpusat


Gambar di bawah kita boleh tengok #teamniklah bekerjasama menyiapkan kerusi dan meja murid untuk kegunaan di sekolah. Semestinya pembuatan perabot dengan rapi dan kemas adalah menjadi keutamaan kami👍👍👍

Pemasangan kaki kerusi murid


Pemasangan tempat duduk kerusi murid


Pemasangan bahagian utama kerusi  murid 


Meratakan permukaan kayu dengan menggunakan kertas pasir


Untuk pengetahuan, di Perabot Nik Lah kami sentiasa memastikan stok kerusi dan meja sekolah dalam keadaan cukup dan sentiasa bersedia menerima tempahan dari mana-mana pelanggan. 






No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS TANGGAM

 Assalamualaikkum , apa khabar semua 😃😃 Kita perlu mengetahui bahawa tanggam digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk d...